Capcom memperkenalkan Monster Hunter: Rise (MHRise) dan juga sekuel Monster Hunter Stories berjudul Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin. (MHStories2). Apa nak ditunggukan lagi? Jom kita tengok trailer ini!
Monster Hunter Rise (MHRise) mendapat mama ‘Rise’ dari konsep Hunter kini boleh mengembara hingga ke puncak. Dengan pengenalan makhluk baharu, Wirebug. Hunter dapat mendaki bukit dan tempat tinggi secara vertikal serta boleh digunakan sebagai kombo serangan terhadap monster.
Persekitaran peta terbuka yang seamless akan membuat korang terpegun, bagaimana korang boleh terokai setiap ceruk bukit dalam game ini. Sebuah kawasan baharu ‘Shrine Ruins’ membawa Hunter ke kawasan kuno yang mempunyai sifat geografi yang menarik untuk dijelajahi.

Setelah berkurun lama dalam francais MH, Hunter sering ditemani oleh seekor kucing Palico yang comel, kini Hunter boleh mendapat sejenis teman baharu canine dipanggil Palamute yang boleh ditunggang!
Peneman Hunter, Canyne Palamute adalah jenis attack, akan menolong Hunter menyerang monsters dan Felyne Palico adalah jenis support kembali beraksi menyokong korang di dalam pertempuran. Hunter boleh membawa 2 peneman bersama dan boleh memilih peneman mengikut kesukaan dan stail lawan biarpun 2 ekor Palico atau Palamute ataupun seekor Palico bersama Palamute.
Namun di dalam multiplayer, Hunter hanya boleh membawa seekor.

Monster-monster baharu juga diperkenalkan dengan sifat-sifat yang tidak dijangkakan. Memperkenalkan Magnamalo, seekor Wyvern Bertaring, Aknosom dan Great Izuchi spisis Wyvern Burung dan Tetranodon, seekor Amfibia. Tidak dilupakan, monster-monster klasik dari francais sebelum ini bakal menyerang kembali.
Base korang dalam game ini dipanggil Kamura Village, akan menepati segala kemudahan setiap Hunter perlukan. Jalan cerita game ini bermula dari korang, seorang Hunter yang berasal dari Kamura Village.

Dapatkan Golden Retriever dan Forest Cat Lapis Layered Armor untuk Palamute dan Palico korang semasa membuat pra-tempah MHRise. Capcom juga telah mengesahkan bahawa MHRise akan ada “keserasian” dengan MHStories2.
MHRise akan diterbirkan pada 26 Mac 2021, eksklusif di Switch.
MHStories2 adalah game RPG yang dinantikan oleh ramai peminat MH. Lebih pengumuman tentang MHStories2 akan diberitahu pada TGS 2020 Online pada 25 September dan Capcom TGS Live 2020 pada 26 September 2020. MHStories2 bakal tiba ke Switch pada suku ketiga 2021.
Comments
Loading…