Setelah Pokemon Detective Pikachu ditayangkan dan mendapat penerimaan yang agak positif di Hollywood, Warner Brothers dan Legendary Entertainment kini dalam perbincangan untuk mengeluarkan dua lagi filem berdasarkan Generasi 1.

Filem-filem ini akan berada dalam universe yang sama dengan Detective Pikachu dan akan menitikberatkan dunia Pokemon berdasarkan zaman nostalgia 90-an #151 dari daerah Kanto.

Filem kedua yang akan keluar seterusnya adalah berdasarkan Pokemon Red & Blue iaitu core video game Generasi 1 yang bermula dari zaman Gameboy dan Gameboy Colour pada tahun 1995.

Filem ketiga yang dikatakan sudah pun berada dalam proses pembikinan adalah tentang Mewtwo dan akan berkait sedikit dari filem pertama, Detective Pikachu. Dari filem Detective Pikachu, kita dapat tahu yang ini adalah kali pertama Mewtwo kelihatan sejak 20 tahun lepas dari daerah Kanto (Daerah Gen 1 seperti Red & Blue).

Filem ketiga ini juga bukan remake movie animasi pertama Mewtwo Strikes Back (1998) yang akan keluar baru dalam 3D pada 12 Julai 2018 di Jepun nanti sebagai Mewtwo Strikes Back: EVOLUTION (2019)

Dari kefahaman kronologi penulis, (ini mungkin spoiler untuk mereka tidak bermain game atau menonton anime ini sejak 20 tahun yang lalu) di dalam game Pokemon Red & Blue, selepas mendapatkan kesemua 8 badge dari Gym untuk melayakkan diri berlawan dan mengalahkan Elite 4, barulah pemain dapat menangkap Mewtwo dari Unknown Tunnel.

Red dan rakan baiknya, Blue dari siri Pokemon OriginsKemungkinan besar filem ke-2 pokemon ini akan tergantung selepas berlawan Elite 4 dan akan bersambung tentang Mewtwo untuk filem ke-3.

Untuk mereka yang ingin mengetahui lebih tentang dunia Pokemon Red & Blue secara ringkas, bolehlah layan Pokemon: Origins yang mempunyai 4 episod berlatarkan 2 watak utama iaitu Red dan Blue.

Sumber: We Got This Covered

JomKomen!