Dalam usaha untuk membangunkan semula ekonomi negara melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan pada Jumaat lalu telah mengumumkan pelan data 1GB data percuma.

Data internet ini diberikan setiap hari dari 10 Jun hingga 31 Disember tahun ini bagi tujuan pembelajaran dan produktiviti. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan data percuma ini dengan data percuma yang diberikan kerajaan pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Menurut Amanz, pelan ini hanya akan hadkan penggunaan data percuma kepada aplikasi pembelajaran dan produktiviti sahaja. Daripada senarai yang telah dikeluarkan oleh pihak Celcom, Digi, Maxis, TM Unifi dan U Mobile, di bawah ialah senarai aplikasi, termasuklah game-game mobile, yang tidak boleh digunakan melalui data percuma PENJANA ini:

Game

  • PUBG Mobile
  • Arena of Valor
  • Call of Duty
  • Free Fire
  • King of Duty
  • Legend of Runeterra
  • Life After
  • Lords Mobile
  • Mobile Legends
  • Rise of Kingdoms

Aplikasi Lain

  • Apple Music
  • Bigo
  • JOOX
  • Facebook
  • DailyMotion
  • Shazam
  • Instagram
  • FB Live
  • Smule
  • Snapchat
  • IGTV
  • Sound Cloud
  • Telegram
  • Spotify
  • Netflix
  • SYOK
  • Tumblr
  • TikTok
  • QQ Music
  • Twitter
  • Viu
  • WeSing
  • WeChat
  • YouTube
  • YouTube Music
  • YY

Namun, akses kepada laman e-pembelajaran seperti Classruum, Udemy dan SunagoLearn, serta aplikasi telesidang seperti Microsoft Office 365 dan Zoom dapat dilakukan tanpa had. Selain itu, aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace juga boleh diakses secara percuma.

Kepada korang yang menggunakan 1GB data percuma PENJANA ini, gunakanlah sebaik mungkin!

8 KOMEN

    • Senang je…. Kalau kau celcom kau dapat trus… Tapi kalau yang lain kau kena download app pastu check 1gb percuma

JomKomen!