PES 2017 SEA CL Online Qualifiers Series 1 akan bermula pada malam ini – dengan 16 pemain terbaik PES Asia Tenggara akan berentap.
PES League Asia telah mengumumkan 16 pemain yang akan bermain dalam PES 2017 SEA CL Online Qualifiers Series 1 – yang telah dihantar masing-masing dari PES League Malaysia, PES League Indonesia, PES League Vietnam dan PES League Thailand – Sienwinning.
4 wakil Malaysia yang bakal membawa nama tanah air dalam pertemuan rantau ini, yang dipilih melalui kelayakan online yang diadakan oleh PES League Malaysia, adalah:
- Zainul Ariffin Burhanuddin (Juara DBKL KUL GAMES PES2017 Tournament – November 2016)
- Syeriiqbal Mustapha (Juara Chillax PES 2017 Tournament – Oktober 2016)
- MD Krie (Juara Chillax PES 2016 Tournament – Ogos 2016)
- Naim MisaiFix
Berikut pula adalah senarai pemain dari negara Thailand, Indonesia dan Vietnam:
Bagi anda yang tidak tahu, PES 2017 SEA CL Online Qualifiers bakal mempunyai 5 siri. Setiap pemenang daripada 5 siri ini akan berentap dalam SEA CL Online Qualifiers Finals. Pemenang daripada perlawanan akhir tersebut akan diberikan kelayakan automatik ke Bandung, Indonesia, di mana PES SEA Finals 2017 (offline) akan berlangsung.
Slot ini merupakan slot khas yang diberikan oleh PES League Asia. Bagi setiap negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Singapura, 4 slots lain akan disediakan – terpulang kepada negara masing-masing untuk memilih 4 pemain terbaik mereka.
Untuk mengetahui bagaimana PES League Malaysia memilih 4 pemain ini, anda boleh membacanya di sini.
Comments
Loading…