in , , , , ,

15 Minit Gameplay Pertama Shadow of the Tomb Raider Paparkan Aksi Lara Croft Terperangkap Di Dalam Gunung

Lara kembali menjejak Trinity.

IGN secara eksklusifnya telah memuatnaik 15 minit gameplay pertama Shadow of the Tomb Raider. Video dimulakan dengan penuh debaran apabila kapal terbang yang dinaiki Lara Croft bersama rakannya hilang kawalan dan berkecai di atas udara.

Kemudian babak terhenti dan ia mengimbas kembali (flashback) kepada dua hari sebelum itu. Lara kelihatan tersepit antara serpihan batu di dalam sebuah gua yang besar di Mexico. Keluarnya dia dari serpihan itu, Lara menemui sebuah artifak lama. Lara sempat merakamkan beberapa gambar sebelum kawasan itu runtuh.

Video diteruskan dengan Lara meneruskan misinya untuk menjejak apakah perancangan Trinity. Korang tontonlah sendiri video 15 minit ini di bawah:

Shadow of the Tomb Raider akan dilancarkan pada 14 September ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Trailer Terbaru Shadow of the Tomb Raider Gunakan Muzik Yang Sama Dalam Uncharted 2

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kemuncak Karier Bola Sepak Alex Hunter Akan Diteruskan Bersama Real Madrid Dalam FIFA 19

Sesi Beta Fallout 76 Adalah Sama Dengan Game Penuh, Progress Akan Dibawa Ke Hari Pelancaran