September sudah tiba, peminat siri FIFA, PES, NBA pastinya tertunggu-tunggu siri favourite mereka!

The Tomorrow Children (PlayStation 4) – 6 September

The Tomorrow Children adalah sebuah game bertemakan post-apocalyptic Soviet Union dan mengisahkan kejadian selepas sebuah eksperimen rahsia untuk menyatukan minda rakyat menemui kegagalan. Pemain akan cuba menaikkan kembali ketamadunan di Soviet Union dan pada masa yang sama menentang pengaruh-pengaruh luar yang boleh memusnahkan segalanya!

Phoenix Wright: Ace Attorney – Spirit of Justice (Nintendo 3DS) – 8 September

Phoenix Wright: Ace Attorney – Spirit of Justice akan membawa pemain kembali beraksi bersama Phoenix Wright dan Apollo Justice dalam mahkamah tetapi kali ini di negara asing yang penuh misteri dan magis! Apa yang lebih menarik dalam pengembaraan Phoenix dan Apollo kali ini adalah mereka akan menentang tuduhan-tuduhan dalam mahkamah yang tidak mempunyai sistem peguam. Capcom menjanjikan siri terbaru ini akan terus mengekalkan formula yang amat diminati oleh peminat-peminatnya dan bakal mengeluarkan demo di Nintendo 3DS eShop kelak.

BioShock: The Collection (PC, PlayStation 4, dan Xbox One) – 13 September

BioShock: The Collection kembali selepas 9 tahun sejak game pertamanya dilancarkan! Francais award-winning ini amat dikenali dengan jalan cerita yang mengghairahkan. Koleksi ini termasuk sekali dengan single-player DLC yang dikeluarkan untuk setiap game BioShock. Satu peluang yang tidak patut dilepaskan untuk peminat-peminat siri ini! Memang habis shiok!

Dead Rising Triple Pack (PlayStation 4 dan Xbox One) – 13 September

Dead Rising Triple Pack pula akan membawa peluang kepada pemain untuk menikmati 3 buah game dari siri ini iaitu Dead Rising, Dead Rising 2, dan Dead Rising 2: Off the Record. Versi ini didatangkan dengan grafik yang dipertingkatkan iaitu dengan resolusi 1080 dan 60 fps.

Pac-Man Championship Edition 2 (PC, PlayStation 4, dan Xbox One) – 13 September

Pac-Man Championship Edition 2 – Membawa pemain untuk mencuba aksi baru dalam dunia Pac-Man yang penuh variasi dan warna-warni. Game ini akan mempunyai 6 mode yang mengetengahkan pelbagai rekaan level yang baru serta cabaran-cabaran yang berlainan. Di samping itu, Pac-Man Championship Edition 2 bakal mempunyai online leaderboard.

Pro Evolution Soccer 2017 (PC, PlayStation 4, dan Xbox One) – 13 September

https://youtu.be/eIhbkrdsDKU

Keluaran PES 2017 bakal membawa pelbagai perubahan berbanding versi tahun lepas. Jom baca kupasan JomGaming yang lebih mendalam dalam Suka Duka Beta PES 2017!

ReCore (PC dan Xbox One) – 13 September

https://youtu.be/WnKT9ZCGgBE

Sebuah idea baru dari Keiji Inafune, ReCore mengisahkan pengembaraan Joule Adam yang ditugaskan untuk mengkolonikan dunia asing yang masih belum diterokai. Protagonis kita ini ditemani oleh sebuah anjing robotik dan akan menerima ancaman daripada makhluk-makhluk robotik yang ganas dan sentiasa cuba untuk membunuhnya!

The Witness (Xbox One) – 13 September

The Witness merupakan sebuah open world puzzle game yang telah menerima respon positif dari komuniti dan pengkritik professional. Diinspirasikan oleh game Myst, pemain perlu menyelesaikan puzzle-puzzle untuk terus melakukan eksplorasi di pulau misteri. Pemain perlu lihat dan dengar alam sekitar untuk mendapat clue untuk menyelesaikan puzzle yang dihadapi!

Dragon Quest VII: Fragments of the Forgotten Past (Nintendo 3DS) – 16 September

Ini adalah sebuah remake bagi game PlayStation yang keluar pada 2001 lalu. Kali ini, Dragon Quest VII: Fragments of the Forgotten Past mendapat pelbagai upgrade seperti 2D ke 3D, tambahan kandungan seperti quest dan mini story, dan juga penukaran dari segi sistem pertarungan!

Destiny: Rise of Iron (PlayStation 4 dan Xbox One) – 20 September

DLC terbaru untuk Destiny ini mengisahkan pemimpin terakhir Iron Lord, Lord Saladin menyeru Guardians untuk menyelamatkan dunia lalu pergi ke Plagueland, zon PvE yang baru di sempadan Selatan Old Russia, Earth. Di sini mempunyai social space yang baru (seperti Tower, Reef) dan map PvE yang tak pernah di jelajahi seperti The Wall dan Felwinter Peak, di mana terletaknya makam The Iron Lords. Di samping itu, Bungie menjanjikan pelbagai item baru serta raid bakal disediakan untuk dinikmati oleh peminat-peminat Destiny.

NBA 2K17 (PC, PlayStation 4, dan Xbox One) – 20 September

NBA 2K17, sebuah game simulasi untuk sukan bola keranjang ini dibangunkan oleh Visual Concepts dan merupakan keluaran yang ke-18 untuk siri ini. Ia mengutarakan pelbagai upgrade dari segi grafik serta gameplay dan bakal mengutarakan Paul George, Kobe Bryant, Danilo Gallinari dan Pau Gasol sebagai pilihan-pilihan cover.

FIFA 17 (PC, PlayStation 4, dan Xbox One) – 27 September

Menampilkan game engine Frostbite yang direka oleh studio terkemuka DICE, FIFA 17 dijangkakan akan terus memberi cabaran kepada pesaing terdekatnya iaitu PES 2017. Versi kali ini akan memperkenalkan pelbagai update dari segi gameplay dan juga story mode.

Forza Horizon 3 (PC dan Xbox One) – 27 September

https://youtu.be/fTSUgXkfooA

Siri terbaru untuk Forza ini akan berfokus di Australia dan menjanjikan aksi kepada pemain melalui terrain open world yang pelbagai dan mencabar. Forza Horizon 3 akan membenarkan pemain untuk menikmati litar perlumbaan berbentuk trek, rally dan juga perlumbaan off-road. Di samping itu, Microsoft turut mengumumkan bahawa cross-play untuk Forza Horizon 3 antara PC dan Xbox One akan dibenarkan.

XCOM 2 (PlayStation 4 and Xbox One) – 27 September

XCOM 2 adalah sekuel untuk XCOM: Enemy Unknown yang dikeluarkan pada tahun 2012. Jalan cerita dalam XCOM 2 bermula 20 tahun selepas kejadian dalam XCOM: Enemy Unknown dan XCOM telah tewas dalam menentang penjajahan makhluk asing. XCOM 2 mendapat pelbagai komen positif dalam negatif dalam review di JomGaming.

Yo-Kai Watch 2 (Nintendo 3DS) – 30 September

Yo-Kai Watch 2 membenarkan pemain untuk beraksi menentang pelbagai makhluk ghaib yang berada di Jepun dengan watak protagonis yang bernama Keizo. Pada waktu yang sama, beliau juga akan berinteraksi dengan beberapa makhluk ghaib yang lebih mesra dan tidak berbahaya dalam mengungkai masalah-masalah yang dihadapi oleh dia dan komunitinya!


Jadi, apakah game yang bakal korang dapatkan September ini? Pasti ramai yang menanti game-game bergenre sukan yang bakal membanjiri pasaran tidak lama lagi.

JomKomen!