Bulan April ini akan menampilkan pelbagai game menarik seperti Dirt Rally, Dark Souls III, Bravely Second dan Star Fox Zero yang pasti membuat peminat-peminatnya ternanti-nanti!

Stikbold! A Dodgeball Adventure

Stikbold! adalah sebuah game yang berunsurkan sukan dodgeball dan sangat dipengaruhi dengan budaya dari era 70-an. Ia mempunyai mod single-player dan juga local multiplayer.

Stikbold! mempunyai penceritaan yang ringan, mudah difahami dan gameplay yang ringkas tapi menyeronokkan. Sebuah game yang boleh dinikmati di masa lapang seorang diri atau pun bersama ahli keluarga dan rakan yang datang bertandang ke rumah.

Platform:

  • Win (1 April)
  • PS4 (5 April)
  • Xbox One (8 April)

Assassin’s Creed Chronicles Trilogy Pack

https://www.youtube.com/watch?v=obB__Pobm4s&feature=youtu.be

Assassin’s Creed Chronicles bakal membawa pemain ke 3 buah negara iaitu India, China dan juga Russia. Ia merupakan sebuah game yang membawa genre 2D platformer dan akan tetap memberi peluang kepada pemain untuk menikmati aksi bertarung dan menyelinap sebagai seorang Master Assassin.

Platform:

  • Win (9 Februari)
  • PS4 (9 Februari)
  • Xbox One (9 Februari)
  • PS Vita (5 April)

DiRT Rally

DiRT Rally menjanjikan pengalaman yang autentik dan teruja kepada peminat perlumbaan rally. Studio Codemasters telah menekankan bahawa DiRT Rally merupakan sambungan spritual kepada siri Colin McRae Rally yang sememangnya dipuji oleh pengkritik game perlumbaan rally.

World Rallycross juga telah memberikan kebenaran kepada DiRT Rally untuk menggunakan semua kereta dan trek dalam pelbagai pertandingan rally seluruh pelusuk dunia. Cabaran pasti menanti anda dalam dunia single-player dan pastinya dalam perlumbaan multiplayer.

Platform:

  • Win (7 Disember 2015)
  • PS4 (5 April)
  • Xbox One (5 April)

Quantum Break

Sebuah game yang membawa pemain dalam dunia aksi bergenre third-person shooter. Ia mengisahkan seorang lelaki yang bernama Jack Joyce yang mampu mengawal masa dengan memperlahan atau mempercepatkan mengikut keperluannya.

Quantum Break bakal mempunyai siri live-action-nya sendiri tidak lama lagi dan pilihan yang dibuat di dalam game oleh pemain akan mempengaruhi jalan cerita siri ini. Sebuah idea yang menarik oleh studio Remedy Entertainment tetapi masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa ia akan memberi impak positif ataupun negatif.

Platform:

  • Win (5 April)
  • Xbox One (5 April)

Dark Souls III

Dark Souls III. Sebuah game yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah mereka yang tidak pernah mencubanya sudah tentu tahu sedikit sebanyak mengenai siri action-adventure yang tidak pernah memberi belas kasihan dalam menghukum pemain.

Direka sebagai penghormatan kepada game-game dahulu yang gemar memberi cabaran, siri Dark Souls sememangnya mempunyai peminat-peminatnya tersendiri.

Persoalannya sekarang, ada berani?

Platform:

  • Win (12 April)
  • PS4 (12 April)
  • Xbox One (12 April)

Ratchet & Clank 2016

Ratchet & Clank adalah sebuat platformer-shooter yang direka oleh Insomniac Games dan merupakan sebuah remake untuk game pertama siri ini. Ia dikatakan akan berkait rapat dengan filem Ratchet & Clank yang bakal keluar tidak lama lagi.

Platform:

  • PS4 (12 April)

Bravely Second: End Layer

Bravely Second: End Layer adalah sebuah JRPG yang direka oleh Silicon Studio khas buat Nintendo 3DS. Ia adalah kesinambungan dari Bravely Default iaitu game yang pertama untuk siri ini.

Bermula apabila Tiz Arrior tersedar daripada koma selepas diselamatkan oleh Magnolia Arch yang merupakan Ba’al Busters yang terakhir. Kedua-dua pasangan ini akan mengembara dalam dunia yang dikenali sebagai Luxendarc dan bakal bertemu pelbagai watak yang baik dan jahat.

Platform:

  • 3DS (15 April)

Danganronpa 2: Goodbye Despair

Danganronpa 2: Goodbye Despair merupakan sebuah game yang sesuai bagi mereka yang sukakan pengalaman yang berlainan dan unik. Ia merupakan sebuah game yang direka oleh Spike Chunsoft dan bergenre visual novel adventure. Ini adalah sekuel bagi Danganronpa: Trigger Happy Havoc.

Penceritaan game ini bermula apabila sekumpulan pelajar sekolah menengah telah diperangkap di sebuah pulau oleh guru besar mereka iaitu Monokuma – seekor beruang sentien. Untuk menyelamatkan diri, mereka harus membunuh salah seorang dari kumpulan mereka dan pada masa yang sama tidak tertangkap oleh pelajar lain!

Platform:

  • PSP (5 September 2014)
  • PS Vita (5 September 2014)
  • Win (18 April)

Invisible, Inc.

Klei Entertainment, sebuah studio indie yang terkenal dengan game seperti Mark of the Ninja dan Don’t Starve kini mencuba pula genre turn-based strategi melalui Invisible, Inc. Game ini telah pun mendapat pujian dari pelbagai pengkritik professional kini bakal berada di platform PS4.

Melalui Invisible, Inc, pemain akan mengawal ejen-ejen untuk melakukan penyelinapan dan perisikan ke pelbagai lokasi sekeliling dunia. Setiap langkah yang dibuat harus dilakukan dengan tepat dan berhati-hati kerana jika tersilap langkah, ejen-ejen tersebut pasti kehilangan nyawa mereka.

Platform:

  • Windows, OS X dan Linux (12 Mei 2015)
  • PS4 (19 April)

The Banner Saga 2

https://www.youtube.com/watch?v=boG0qvGhpmY

The Banner Saga 2 adalah sekuel kepada The Banner Saga yang telah menerima pelbagai anugerah seperti anugerah BAFTA. Game ini mengekalkan genre asalnya iaitu RPG strategi.

Meneruskan penceritaan mengenai tamadun Viking yang epik, game ini dijangkakan bakal meneruskan tradisi animasi lukisan tangan dan ditemani dengan muzik yang dikompos oleh Austin Wintory yang tidak asing dalam pencalonan Grammy.

Platform:

  • Windows, OS X dan Linux (20 April)
  • PS4 (19 April)

Star Fox Zero

Star Fox Zero sememangnya antara siri yang dinanti-nanti oleh peminatnya setelah sekian lama tidak dikeluarkan oleh Nintendo. Siri kali ini bakal mengetengahkan genre Scrolling shooter dan direka oleh studio PlatinumGames dengan bantuan Nintendo.

Menurut produser Shigeru Miyamoto, Star Fox Zero tidak mengikut sebarang garis waktu bagi siri dunia Star Fox yang terdahulu. Ini bermakna, ia bukanlah prekuel mahu pun sekuel bagi game Star Fox.

Platform:

  • Wii U (22 April)

Star Fox Guard

Star Fox Guard bakal diperolehi bersama Star Fox Zero. Ia berkonsepkan tower defense dan membenarkan komuniti membina level dan berkongsikan ia secara online!

Platform:

  • Wii U (22 April)

Hotaru no Nikki (htoL#NiQ: The Firefly Diary)

Sebuah game yang bergenrekan puzzle adventure ini bakal boleh didapati bagi platform Windows. Majalah Famitsu yang terkenal dengan ketegasan dalam memberi review dalam dunia gaming memberi pujian terhadap Hotaru no Nikki dan memberikan markah sebanyak 30/40.

Ia berkisar sorang gadis yang bernama Mion sedar di dasar runtuhan gelap pada 31 Disember 9999. Dengan bantuan seekor kelip-kelip, dia cuba membebaskan diri dari runtuhan itu dan pergi ke permukaan dunia. Dalam perjalanan beliau ini, pemain akan berjumpa dengan pelbagai watak unik dan menarik.

Platform:

  • PS Vita (24 Februari)
  • Win (25 April)

Gundam Breaker 3

Gundam Breaker 3 merupakan sekuel kepada Gundam Breaker 2 yang memberikan peluang kepada pemain untuk mengawal mecha kegemaran ramai dalam dunia siri Gundam. Peminat-peminat siri ini pasti gembira dengan penambahan pelbagai opsyen untuk mengubah suai mecha kegemaran mereka.

Platform:

  • PlayStation 4 (28 April)
  • PS Vita (28 April)

Lost Reavers

Lost Reavers adalah sebuah MMO free-to-play khas untuk platform Wii U. Sebuah tindakan yang berani oleh Bandai Namco untuk mengeluarkan game bergenre sebegini untuk Wii U. Ia bakal boleh didapati melalui Nintendo eShop dan bakal menggunakan talian rangkaian Nintendo Network.

Setakat ini, Lost Reavers menerima sambutan positif di Jepun.

Platform:

  • Wii U (28 April)

1 komen

  1. x sabar nak main danganronpa 2…dr1 dah habis main bulan lps….tpi dr3 xkan dibuat dlm bentuk game tpi dlm bentuk anime…luckily, anime tu kluar bulan julai tahun ni…so hyped

JomKomen!