in ,

14 Minit Gameplay Horizon Forbidden West Akan Diperlihatkan Jumaat Ini Dalam State of Play

Setelah hampir setahun Horizon Forbidden West diumumkan, Sony dan Guerrilla Games bakal memperlihatkan gameplay pertama buat julung kali pada minggu ini.

Gameplay berdurasi kira-kira 14 minit itu akan bersiaran secara langsung dalam acara State of Play terbaharu pada 28 Mei 2021 (Jumaat), 5 pagi (waktu Malaysia). Boleh tonton di Twitch dan Youtube.

Ia bakal memaparkan protagonis utama Aloy dalam aksi serba baharu, dirakam terus dari PlayStation 5.

Sebelum gameplay Horizon Forbidden West ini diperlihatkan, acara State of Play akan bermula pada 12 malam (tarikh yang sama). Apa yang akan disajikan dalam tempoh lima jam ini tidak didedahkan.

Jadi, apa yang korang mahu saksikan dalam gameplay pertama untuk sekuel ini? Aksi Aloy dengan senjata dan gajet baharu? Haiwan robotik yang lebih besar dan mengganas?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Nafikan Filem Atau Siri TV God of War Sedang Dibikin

Valve Dilaporkan Akan Lancarkan PC Handheld Macam Nintendo Switch Hujung Tahun Ini