in , , , ,

12 Perkara Tentang Assassin’s Creed Valhalla – Trailer, Jalan Cerita, Elemen RPG, Screenshots

Sejak dua hari ini, peminat siri Assassin’s Creed tersenyum lebar. Setelah mengumumkan judul Assassin’s Creed Valhalla, game ini telah mendapat bermacam butiran terbaharu.

Dalam artikel ini, kami akan ringkaskan apakah info-info penting yang korang perlu tahu tentang game Assassin’s Creed yang berlatarbelakangkan Vikings ini.

1. Trailer Pertama

Malam tadi, Ubisoft telah memuatnaik trailer pertama untuk Assassin’s Creed Valhalla, yang mana ia memfokuskan kepada sinematik dan tiada sebarang paparan gameplay. Daripada trailer ini sahaja kita sudah boleh mendapat pelbagai butiran, dan korang boleh tontonnya di bawah.

2. Platform Pelancaran

Assassin’s Creed Valhalla akan dilancarkan untuk kedua-dua konsol generasi masakini dan generasi akan datang. Makanya, game ini akan dilancarkan ke PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X.

Untuk platform PC, Ubisoft tidak akan melancarkan game ini ke Steam, sebaliknya hanya di Uplay, Stadia dan Epic Games Store. Tiada sebarang pengesahan sama ada ia akan dilancarkan ke Steam pada satu tarikh akan datang ataupun tidak.

3. Tarikh Pelancaran

Tiada tarikh pelancaran tepat diumumkan setakat ini untuk Assassin’s Creed Valhalla, yang mana Ubisoft hanya menyatakan yang ia akan dikeluarkan pada waktu musim cuti (penghujung) tahun 2020.

Pastinya Ubisoft sedang menunggu pihak Sony dan Microsoft untuk mengumumkan tarikh pelancaran konsol terbaharu mereka kerana Assassin’s Creed Valhalla akan turut dilancarkan ke platform tersebut.

4. Gameplay Pertama

Ubisoft akan memperlihatkan gameplay pertama untuk Valhalla dalam acara khas yang akan diadakan Microsoft pada 7 Mei ini. Dalam acara ini, Microsoft akan memperlihatkan konsol akan datang mereka, serta beberapa game termasuklah Assassin’s Creed Valhalla.

5. Jalan Cerita

Assassin’s Creed Valhalla akan berlangsung pada abad ke-9 dan budaya Vikings akan menjadi teras utama. Pada era Zaman Gelap di England, pemain bermain sebagai Eivor yang akan memimpin tentera Vikings dari Norway untuk mencari tanah baharu di Britain.

Antagonis utama dalam game ini ialah King Alfred dari Wessex. Antara lokasi yang ada dalam game ini ialah Norway, serta empat kerajaan di England iaitu Wessex, Northumbria, East Anglia, dan Mercia.

6. Screenshots & Seni Konsep

Walaupun belum lagi memperlihatkan gameplay, Ubisoft ada berkongsikan beberapa screenshots dalam game, serta seni konsep. Korang boleh lihatnya di bawah:

10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Hidden Blade, Screenshots 10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Hidden Blade, Screenshots 10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Hidden Blade, Screenshots 10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Hidden Blade, Screenshots 10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Hidden Blade, Screenshots 10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Gameplay Pertama, Hidden Blade, 10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Gameplay Pertama, Hidden Blade, 10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Gameplay Pertama, Hidden Blade,

7. Pilihan Lelaki Atau Wanita

Seperti dalam Odyssey, pilihan yang diberikan kepada pemain untuk menggunakan protagonis sebagai karakter lelaki atau wanita, juga akan ditampilkan ke dalam Valhalla.

Sedikit kelainan ialah pemilihan jantina dalam Odyssey memerlukan pemain memilih sama ada Alexios atau Kassandra, tetapi untuk Valhalla, sama ada korang memilih lelaki atau wanita, korang akan tetap menggunakan nama yang sama iaitu Eivor.

Walaupun ketika pertama kali memperkenalkan pemilihan ini dalam Odyssey telah mendapat kritikan kerana dikatakan tidak menepati sejarah, Ubisoft dengan pantas telah menyatakan bahawa kehadiran wanita dalam peperangan merupakan suatu yang lazim dalam budaya Vikings.

8. Tiada Co-Op

Di sebalik khabar angin yang muncul sebelum ini yang mengatakan Valhalla akan menampilkan gameplay co-op, nampaknya ura-ura itu tidak sahih.

Seperti hampir kesemua game Assassin’s Creed lain, tiada mode co-op dalam Valhalla, dan ia akan fokus kepada permainan single-player.

9. Elemen RPG

Semasa bermain game bergenre RPG, kita sentiasa dilanda dilema ini. Kita mungkin sudah menemui gear (senjata atau armor) yang cantik dari segi kosmetik. Namun, disebabkan statsnya yang rendah, kita terpaksa menukar ke gear lain yang lebih kuat, walaupun dari segi kosmetik ianya tidak lawa.

Untuk Valhalla, Ubisoft akan membawakan kelainan dari segi elemen RPG ini. Setiap gear itu akan boleh dinaiktaraf dari mula, membenarkan pemain untuk mengekakalkan gear yang cantik, tetapi turut mempunyai stats yang semakin meningkat.

10. Tiada Assassins vs Templars

Seperti dalam Origins dan Odyssey, tiada perseteruan tradisional antara Asssassins dan Templars. Ini pastinya disebabkan oleh pada zaman tersebut, iaitu era Vikings, organisasi Assassins dan Templars masih lagi beratus tahun sebelum diwujudkan.

Sebaliknya, pemain akan bertemu dengan pasca pembentukan Assassins dan Templars iaitu yang dikenali sebagai Hidden Ones dan Order of Ancients.

11. Smart Delivery

Masih ingat dengan Smart Delivery yang diumumkan Microsoft pada awal tahun ini? Ya, Valhalla akan mendapat sokongan ini. Bermakna, sekiranya korang membeli game ini di Xbox One, korang akan turut memilikinya di Xbox Series X secara automatik.

Buat masa ini, tiada kata rasmi daripada Sony sama ada PS4 dan PS5 akan mempunyai fungsi seumpama ini.

12. Pelakon Suara

Satu lagi berita yang menarik ialah pelakon suara Eivor untuk versi lelaki akan dibintangi oleh Magnus Bruun, pelakon Cnut dalam siri drama The Last Kingdom, sebuah siri epik sejarah yang turut menggunakan latar belakang Vikings.

The Last Kingdom boleh ditonton di Netflix.

Sumber: Push Square, Game Informer, Eurogamer, Ubisoft, IGN

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Animal Crossing: New Horizon memberi Update Percuma Untuk Musim Bunga

4 Kandungan Percuma Utama Animal Crossing: New Horizons Sempena Musim Bunga

Catalyst Black: Game Battlegrounds Top-Down Shooter Baru Dari Pembikin Vainglory

Catalyst Black: Game Battlegrounds Top-Down Shooter Baru Dari Pembikin Vainglory