in , , , , , ,

12 Game PS4 Yang Korang Tak Perasan Berada Di E3 2017! Saksikan Semua Trailernya

Lah, banyak lagi rupanya game yang diumumkan tapi tak berada di pentas semasa E3 2017. Banyak sangat game gempak sampai tak muat nak dimasukkan. Itu tak bermaksud game lain tak syiok. Ni ha, kita tengok sikit game apa lagi best di PS4 yang tak diumumkan di Sony Playstation E3 2017!

1. Call of Cthulhu

Berdasarkan buku H.P Lovecraft, cerita pendek kult era steampunk ini amat popular dari zaman abad 19-an. Kini Call of Cthulhu mendapat adaptasi game tersendiri yang amat ‘deep’ dan seram serta penuh misteri seperti bukunya sendiri.

2. ROM: Extraction

Sesiapa yang meminati shooter arked yang klasik tetapi lebih fast-paced mesti akan suka game ini dalam VR. Berlawan robot canggih dari angkasa menggunakan gabungan senjata yang futuristik dengan keupayan anda untuk memperlahankan masa.

3. Insurgency: Sandstorm

Insurgency kembali dengan gameplay design yang lebih hebat. Siri FPS ini datang dengan story dan map yang lebih besar. Tambahan mode dan content seperti Story Mode yang boleh dimain secara online co-op seramai 4 orang atau 2 orang split screen.

4. Everybody’s Golf

Bergembira Golfers! Game golf kegemaran ramai, juga dikenali sebagai Hot Shots yang berada di PlayStation dulu kala kini kembali di PS4! Apa lagi untuk game golf yang paling OG di konsol PS4?

5. Archangel

Bayangkan bermain Titanfall atau Gundam dalam versi VR. Lompat masuk ke dalam cockpit mesin-perang Archangel dan bermain dalam 6 cerita tentangnya. Archangle akan dilancarkan pada Julai 2017.

6. Dead Alliance

Apa kata kita gunakan balik apa yang menyerang kita untuk menyerang balik? Kawal dan membunuh zombi untuk selamatkan diri anda. Game FPS ini, setiap zombi adalah senjata anda.

7. Hidden Agenda (Playlink)

Hidden Agenda adalah salah satu game di bawah PlayLink (Party game) di mana ia boleh dimain secara ramai-ramai menggunakan smartphone anda. Menerokai dan selesaikan misteri dan jenayah. Pilih jawapan anda tersendiri dan memanipulasikan jalan cerita ini mengikut cara anda.

8. Strange Brigade

Terokai ke safari eksotik yang penuh dengan bahaya yang mana anda akan rasa nak patah balik! Game yang berlatarkan era 30-an ini sesuai untuk 1-4 pemain yang penuh dengan aksi, perangkap dan kisah yang penuh misteri.

9. Sparc

Sparc merupakan sebuah game full-body vSports VR ala dodgeball. Mengelak dan membalun balik bola tersebut ke opponent dan pastikan korang tak terkena!

10. Ace Combat 7: Skies Unknown

Bermain sebagai pilot dalam action combat flight simulator. Pada tahun 2015 Ace Combat 7 diumumkan untuk menjadi eksklusif untuk PSVR tetapi kini boleh dimain tanpa VR. Walaupun demikian, campaign mode tidak akan berada dalam versi VR tetapi akan menggantikan dengan beberapa jam gameplay tambahan untuk versi VR.

11. Extinction

Apa jadi kalau korang campurkan Genji (Overwatch)+ Assassin’s Creed + Attack On Troll? Yes! Extinction adalah game yang akan anda dapat! Parkour ke high-ground dan membunuh troll yang telah menjahanamkan muka bumi.

12. Kingdom Come: Deliverance

Henry, anak kepada tukang besi terpaksa menanggung segala yang telah dirampas daripadanya apabila dicampak ke sebuah perang saudara. Game RPG ini akan membawa anda ke zaman medival Bohemia pada zaman suci empayar Roman. Seperti Assasin’s Creed, game ini berlatarkan sejarah sebenar zaman perang tersebut.

Jadi, apa yang paling menarik perhatian anda? Adakah ada yang kami terlepas dalam senarai ini? Beritahu senarai game yang kami terlepas dalam ruangan komen di bawah!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

God of War: Anaknya, Atreus Bukan Beban Kepada Kratos; Mereka Saling Memerlukan Untuk Teruskan Perjalanan

Industri Gaming Akan Bertambah Baik Jika Nintendo Mantap, Xbox One X Akan Hadapi Masalah, Kata Sony