in , , , , , ,

12 Game Klasik Street Fighter Dalam 1 Koleksi Diumumkan Untuk PC, PS4, Xbox One Dan Switch

Kembalikan segala kenangan korang bersama siri Street Fighter pada suatu ketika dulu.

Bersempena ulangtahun ke-30 siri Street Fighter, Capcom telah mengumumkan sesuatu yang pasti akan membuatkan para peminat tegar francais ini tersenyum lebar. Street Fighter 30th Anniversary Collection telah diumumkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Switch, yang mana ia bakal membawakan 12 game Street Fighter terdahulu dalam satu koleksi.

12 game tersebut adalah:

  • Street Fighter
  • Street Fighter II
  • Street Fighter II: Champion Edition
  • Street Fighter II: Hyper Fighting
  • Super Street Fighter II
  • Super Street Fighter II: Turbo
  • Street Fighter Alpha
  • Street Fighter Alpha 2
  • Street Fighter Alpha 3
  • Street Fighter III
  • Street Fighter III: 2nd Impact
  • Street Fighter III: 3rd Strike

Paling menarik, empat daripada 12 game ini bakal ditampilkan dengan fungsi penuh online – membawakan perlawanan ranked dan casual serta lobby dan leaderboards. Empat game tersebut adalah Street Fighter II, Super Street Fighter II Turbo, Street Fighter Alpha 3, dan Street Fighter III: 3d Strike.

Street Fighter 30th Anniversary Collection akan dilancarkan pada Mei 2018.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Terbaru Filem ‘Ready Player One’ Tampilkan Cameo Street Fighter Dan Overwatch

The Last of Us Part II: Satu Lagi Video  Akan Diperlihatkan Di E3, Pelbagai Info Baru Didedahkan Di PSX 2017

The Last of Us Part II: Satu Lagi Video Akan Diperlihatkan Di E3, Pelbagai Info Baru Didedahkan Di PSX 2017