in , ,

11 Minit Trailer & Gameplay Baru Death Stranding Ini Akan Buat Korang Makin Bingung

Dalam livestream di Gamescom yang dihoskan oleh Geoff Keighley malam tadi, Hideo Kojima telah memperlihatkan beberapa trailer dan gameplay terbaru untuk game beliau akan datang, Death Stranding.

Trailer pertama memperkenalkan karakter ‘Mama’, dimainkan oleh Margaret Qualley. Dalam trailer ini, kita dapat melihat bagaimana ‘Mama’ menyusui anaknya yang halimunan.

Kemudian, trailer kedua pula memperlihatkan ‘Bridge Baby’ dan ‘Dead Man’, yang dimainkan oleh Norman Reedus dan Guillermo Del Toro. Mereka berdua kelihatan sedang memperjelaskan sesuatu tentang seorang bayi yang berada dalam satu mesin yang penuh canggih. Entahlah, susah nak jelaskan.

Akhir sekali, Kojima berkongsikan gameplay baru yang menampilkan sekali lagi Norman Reedus. Lucunya, gameplay dimulakan dengan karakter Reedus ini membuang air kecil di tepi sungai, seterusnya air kencing itu menumbuhkan cendawan. Ya, memang pelik. Kemudian, mereka mendedahkan cameo Geoff Keighley, ditampilkan dalam bentuk hologram.

Korang boleh saksikan semua ini dalam video di bawah:

Death Stranding akan dilancarkan 8 November ini untuk PS4, dan kemudian akan dilancarkan ke PC pada satu tarikh yang belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Ambil-Alih Studio Yang Membangunkan Marvel's Spider-Man, Insomniac Games

Sony Ambil-Alih Studio Yang Membangunkan Marvel’s Spider-Man, Insomniac Games

Mainkan Percubaan Alpha Call of Duty: Modern Warfare 2v2 Gunfight Hujung Minggu Ini Di PS4

Mainkan Percubaan Alpha Call of Duty: Modern Warfare 2v2 Gunfight Hujung Minggu Ini Di PS4