Pelbagai genre boleh didapati pada bulan November ini! Dari Call of Duty: Infinite Warfare hinggalah ke Final Fantasy XV, macam-macam ada!

Call of Duty: Infinite Warfare (Win, PS4, XBO) – 4 November

https://www.youtube.com/watch?v=_87zvl0LcEg

Dibangunkan oleh Infinity Ward selama 3 tahun, Call of Duty: Infinite Warfare bakal membawa pemain dalam kisah futuristik yang mengisahkan pertarungan antara 2 entiti yang bernama Defense Front (SDF) dan Special Combat Air Recon (SCAR) dalam mendapatkan tempat dalam sistem solar. Infinite Warfare juga didatangkan dengan special edition yang ditampilkan bersama Call of Duty 4: Modern Warfare versi remastered.

Football Manager 17 (Win, Mac, Lin) – 4 November

Siri simulasi bola sepak ini kembali lagi untuk musim 2017! Dibangunkan oleh Sports Interactive, keluaran 2017 ini bakal didatangkan dengan pelbagai update yang semestinya menambah rencah dan cabaran bagi mereka yang meminati genre ini.

Mario Party: Star Rush (3DS) – 4 November

Khas untuk Nintendo 3DS, Mario Party: Star Rush merupakan usaha Nintendo untuk memberikan pengalaman gaming secara santai dan beramai-ramai melalui konsol mudah alih-nya.

Sword Art Online: Hollow Realization (PS4, PSVita) – 8 November

Sword Art Online: Hollow Realization merupakan sebuah JRPG yang dibangunkan oleh Aquria khas untuk PlayStation 4 dan PlayStation Vita berdasarkan siri novel Sword Art Online. Ia merupakan siri yang ke-4, dan ia bakal memperkenalkan battle system yang diperbaharui.

Dishonored 2 (Win, PS4, XBO) – 11 November

https://youtu.be/-2JvtKTSWxU

Dishonored 2 yang bergenrekan stealth action-adventure ini merupakan kesinambungan bagi siri asalnya. Dalam siri terbaru ini, selain Corvo, pemain juga berpeluang untuk beraksi sebagai Emily dalam usaha mengambil semula takhta yang telah dirampas oleh pembesar-pembesar Empire of the Isles. Serupa dengan siri sebelumnya, pemain berpeluang untuk menggunakan pelbagai cara untuk mencapai objektif.

Assassin’s Creed: Ezio Collection (PS4, XBO) – 15 November

Kisah Ezio tidak dapat dinafikan merupakan kisah paling menarik dalam siri Assassin’s Creed dan kini ia dikompilasikan dalam Assassin’s Creed: Ezio Collection. Bagi mereka yang tidak berpeluang menikmati siri ini, mungkin ini adalah masa terbaik untuk mencubanya.

Watch Dogs 2 (Win, PS4, XBO) – 15 November

Tidak mengambil kesinambungan dari siri asal Watch Dogs yang penuh kontroversi, Watch Dogs 2 akan bertempat di bandar San Francisco tetapi masih mengekal tema sebelum ini seperti budaya hacking. Dalam siri ini, fokus diberikan kepada sekumpulan aktivis hacker, dikenali sebagai DedSec yang ingin menentang organisasi-organisasi komersial yang telah menyalahguna kuasa yang dimiliki.

Killing Floor 2 (PC, PS4) – 18 November

Killing Floor 2 adalah game FPS yang boleh dimainkan solo ataupun seramai 6 orang. Game ini berdasarkan episod pertama Killing Floor yang mengisahkan merebaknya wabak penyakit daripada firma bio-teknologi Horzine – menghasilkan makhluk seakan zombie yang dipanggil Zed! Killing floor 2 berlaku sebulan selepas kejadian Killing Floor dan wabak tersebut telah merebak ke seluruh Eropah dan ke seluruh dunia menyebabkan runtuhan kerajaan dan sistem komunikasi.

Pokémon Sun & Moon (3DS) – 18 November

Pokémon Sun & Moon bakal diterbitkan November depan sempena ulang tahun ke-20 bagi siri Pokémon! Ia dijangka bakal membawa pelbagai pembaharuan dalam siri ini dan sudah boleh dicuba melalui demo dari Nintendo eShop! Bonus bagi mereka yang menyelesaikan demo ini, Ash-Greninja serta beberapa item akan diberikan dalam full game nanti.

Yesterday Origins (PC, PS4, XBO) – 19 November

Menerima anugerah Best Adventure Game di Gamescom 2016, Yesterday Origins mengisahkan seorang jejaka bernama John Yesterday telah mencapai kehidupan kekal abadi dengan sebuah ritual kultus! Ikuti pengembaraan beliau dalam mencari makna kehidupan dari pandangan yang unik dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh organisasi kultus yang sedang memburunya.

Darksiders: Warmastered Edition (PC, PS4, WiiU, XBO) – 22 November

https://www.youtube.com/watch?v=U3ORmtTX-Hg

Darksiders 2: Deathinitive Edition telah dibangunkan oleh Gunfire Games. Ia merupakan sebuah studio yang diketuai oleh David Adams dan juga bekas staf dari Vigil Games. Siri Darksiders yang sememangnya mempunyai jalan cerita yang menarik di samping gameplay yang penuh aksi ini merupakan satu peluang mencubanya jika pernah terlepas dahulu.

Final Fantasy XV (PS4, XBO) – 29 November

Final Fantasy XV dinanti-nantikan para peminat sejak tahun 2006 lagi, di mana pada masa itu FFXV dikenali sebagai Final Fantasy Versus XIII untuk platform Playstation 3. Namun pada tahun 2013, semasa event E3 2013, Square Enix membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa FFVersusXIII bertukar menjadi FFXV dan akan keluar di platform PS4 dan Xbox One. Setelah 10 tahun penantian, pengumuman untuk release sahaja sudah membuatkan hati peminat berdebar-debar! Sama-sama kita nantikan!


Jadi apakah pilihan hati korang untuk November nanti? Kongsi pilihan hati korang di ruangan komen!

JomKomen!