Bulan Mei tak kurang bisanya! Uncharted 4, Doom dan Homefront: The Revolution antara yang bakal mendapat perhatian!

Battleborn (PC, PS4 & Xbox One)
Pada 3 Mei 2016.

Ini mungkin game FPS MOBA (First Person Shooter Multiplayer Online Battle Arena) yang korang tunggu-tunggu. Dan ia juga mungkin tidak langsung memberi pengalaman MOBA yang asli! Bagi melangkaui kejayaan francais Borderlands mereka sebelum ini, Gearbox Software mengambil banyak elemen-elemen dari game lain dan mengadunnya menjadi Battleborn! Battleborn telah dicuba oleh penulis JomGaming dan diulas melalui siri Suka Duka Beta: Battleborn.

The Park (PC, PS4 & Xbox One)
Pada 3 Mei 2016.

The Park merupakan sebuah game yang bertemakan first-person horror adventure dan dibangunkan oleh Funcom. Pemain perlu menjejaki anak yang hilang dalam sebuah taman tema yang telah ditutup. Dalam usaha ini, pemain akan menemui pelbagai maklumat mengenai rahsia dan misteri di sebalik taman tema ini.

Stellaris (PC)
Pada 9 Mei 2016.

Stellaris merupakan sebuah game grand strategy yang berkonsep futuristik. Bermula pada zaman 2200-an, pemain akan mengawal kapal angkasa dan mentadbirnya. Di samping itu, sistem politik dalaman dan luaran harus dikawal dengan rapi agar tidak membawa huru-hara dan mengganggu kestabilan ekonomi. Stellaris mempunyai sistem strategi yang cukup mendalam dan dikatakan bakal menarik minat pemain-pemain Europa Universalis.

Uncharted 4: A Thief’s End (PS4)
Pada 10 Mei 2016.

Semoga pengembaraan terakhir Nathan Drake ini menjadi penutup yang terbaik kepada alkisah Uncharted, game eksklusif PlayStation yang menjadi kegilaan ramai. Sudah terlalu lama penantian ini berlaku kerana telah ditunda sebanyak 3 kali. JomGaming akan menghadiri majlis pelancarannya di Sunway Pyramid nanti!

Doom (PC, PS4 & Xbox One)
Pada 13 Mei 2016.

Siri lagenda untuk genre FPS, Doom kembali ke arena perang. id Software telah menjanjikan kempen single-player yang cukup panjang iaitu sekitar 13 jam. Jika dibandingkan dengan norma genre FPS masakini, sememangnya ia lebih panjang dari biasa. Baru-baru ini, id Software turut mengeluarkan livestream yang memberikan info lanjut mengenai Doom. Beta bagi Doom turut telah diuji oleh penulis JomGaming dan boleh dibaca di Suka Duka Beta: Doom.

Homefront: The Revolution (PC, PS4 & Xbox One)
Pada 17 Mei 2016.

Homefront: The Revolution bakal menjanjikan pengalaman open-world shooter buat para pemain. Ia mengisahkan bagaimana Amerika telah dijajah oleh Greater Korean Republic (GKR) dan bagaimana penduduk tempatan bersatu menentang penjajahan ini. Pemain dijanjikan sebanyak 30 jam pengalaman single-player mode dan kandungan percuma akan ditambah kelak oleh Dumbuster Studios.

Valkyria Chronicles Remastered (PS4)
Pada 17 Mei 2016.

Ketika Valkyria Chronicles dipasarkan pada tahun 2008 dahulu, ia menerima pujian dari segi gameplay dan juga nilai seni yang berunsurkan lukisan air. Valkyria Chronicles Remastered akan dibekalkan bersama demo untuk Valkyria: Azure Revolution yang akan berada untuk gamers pada akhir tahun 2016.

Overwatch (PC, PS4 & Xbox One)
Pada 24 Mei 2016.

Overwatch akan menampilkan gameplay co-op dimana player harus memilih “Hero” yang mempunyai kebolehan dan skill yang tersendiri. Overwatch boleh dikatakan umpama DotA versi FPS. Developer yang cukup dikenali dalam genre FPS iaitu Treyarch turut memberi kata nasihat dalam usaha menjadikan Overwatch sebagai produk yang berjaya. Game ini akan memulakan sesi open beta tidak lama lagi.

Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutants in Manhattan (PC, PS4 & Xbox One)
Pada 24 Mei 2016.

Siri terbaru untuk Teenage Mutant Ninja Turtles ini bakal diusahakan oleh PlatinumGames yang boleh dikatakan cukup mahir dalam penghasilan game bergenrekan action adventure seperti Bayonetta dan Metal Gear Rising: Revengeance. Ramai menjangkakan Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutants in Manhattan pasti tidak mengecewakan peminat-peminatnya.

Total War: Warhammer (PC)
Pada 24 Mei 2016.

Menggabungkan Total War dan Warhammer, developer Creative Assembly ingin mengembalikan kegemilangan kedua-dua siri ini. Dengan menyulamkan genre real-time-strategy yang cukup unik ke dalam penceritaan Warhammer, game ini sudah mendapat perhatian ramai peminat RTS.

One Piece: Burning Blood (PS4, Xbox One dan PS Vita)
Pada 31 Mei 2016.

One Piece: Burning Blood adalah sebuah fighting game yang menggunakan watak-watak dari siri One Piece. Ini merupakan game pertama dari siri One Piece yang bakal menjejakkan kaki ke platform Xbox One. Penjualan One Piece: Burning Blood di Jepun menunjukkan respon yang positif. Resepsi positif ini dijangka berterusan ke benua Eropah dan Amerika.


*Tarikh dan infomasi adalah tepat pada waktu penulisan. JomGaming tidak akan bertanggungjawab jika ada pertukaran info selepas penyiaran artikel.

JomKomen!