Nampaknya bulan Mac juga menjanjikan ketandusan wallet yang melampau! The Division, Hitman, Star Ocean 5 dan banyak lagi games – nak nangis dalam shower kejap.

 

photo_2016-02-25_19-54-30Far Cry Primal (Win)

Selamat datang ke Oros, sebuah dunia Zaman Batu di dalam Far Cry: Primal – dimana semua makhluk boleh dan akan membunuh korang! Dalam edisi Far Cry kali ini, korang akan bermain sebagai Takkar yang terpisah dari puak hunter-gatherer beliau selepas di ambush dan seterusnya pengembaraan mamat nih dalam mencari jalan pulang!

Kembali ke zaman batu mulai 1hb Mac bagi mereka yang ber-gaming di PC.

Tom Clancy’s The Division (Win, PS4, XBO)

Sebuah 3rd person shooter yang memaparkan ciri MMORPG ini sesungguhnya mendapat perhatian pelbagai pihak. The Division memang tidak asing dengan isu-isu sensasi walaupun Ubisoft hanya mengeluarkan versi beta game tersebut.

Terdapat pelbagai komen positif dan negatif terhadap game ini. Kita nantikan bagaimana keluaran akhir game ini nanti.

Bersiap-sedia untuk ke zon kegelapan mulai 8hb Mac ini.

Hitman: Episode 1 (Win, PS4, XBO)

Trailer Hitman ini adalah sebagai kesinambungan antara Hitman beta dan Hitman: Episode 1. Ia memberikan gambaran kasar apa yang Agent 47 lalui selepas Hitman: Absolution. Hitman yang terbaru ini bakal hadir dalam bentuk bersiri dan bakal menemui peminat mulai 11hb Mac.
UFC 2 (PS4, XBO)

https://www.youtube.com/watch?v=1Pq7fbqMxMg

Menurut studio EA Canada, UFC 2 bakal memberikan cabaran baru kepada pemain dengan ‘artificial intelligent’ yang lebih mencabar dan realistik. Sistem ‘knock out’ juga diubah bagi mempastikan pengalaman yang dinamik dan tidak membosankan.

UFC 2 mempunyai pelbagai mod seperti Event Creator, Title Chase, Online Championship dan juga practice mode.

UFC 2 bakal kembali ke gelanggang mulai 16hb Mac ini.

République (Win, Mac, PS4, iOS, Android)

République mengisahkan seorang watak heroine yang bernama Hope dalam usaha melepaskan dirinya dari sebuah kompleks yang dikenali sebagai Metamorphosis. Kompleks ini menjalankan pelbagai ujikaji yang menyeksakan kepada manusia dan Hope cuba melepaskan diri dari sini.

Game yang berkonsepkan stealth-action ini merupakan satu pengalaman yang unik. République sesuai bagi mereka yang gemarkan kelainan dalam game mereka.

Selinapkan diri anda mulai 22hb Mac ini.

Star Ocean 5: Integrity and Faithlessness (PS4)

https://www.youtube.com/watch?v=pgC4rJclE_g

Star Ocean 5 meneruskan tradisi siri tersebut dengan mengekalkan genre action-RPG. Pemain akan bertarung bersama pasukan yang terdiri daripada 7 secara real-time.

Cutscene dalam game kali ini akan dipaparkan secara dinamik dan memperlihatkan transisi yang lancar antara cutscene dan gameplay.

Star Ocean bakal menemui kembali peminat 31hb Mac ini dalam bahasa Jepun. Bagi alih bahasa English masih belum ada pengumuman tetapi dijangka bakal keluar tahun 2016.

Nights of Azure (PS4)

Mengisahkan pengembaraan dua orang gadis yang bernama Arnice  dan Lilysse di kepulauan Rusewall. Di kepulauan ini, terdapat gangguan dari raksasa yang dikenali sebagai Ruler of the Night. Bantu gadis-gadis ini dalam menewaskan kuasa jahat ini dalam game bergenre RPG ini.

Famitsu telah memberikan markah review sebanyak 32/40 untuk game ini dan jualan pada minggu pertama amat positif di Jepun.

Nights of Azure bakal berada dalam versi English mulai 29hb Mac.

Dead or Alive Xtreme 3 (PS4, PSVita)

Dead or Alive Xtreme 3 kembali lagi dengan pelbagai mod dan minigames seperti bola tampar pantai, memanjat bukit, berlari mendapat bendera dan macam-macam lagi.

Selain minigames, game ini bakal mempunyai mod seperti Girl Mode dan Owner Mode yang membolehkan pemain berinteraksi dengan watak-watak dari siri Dead or Alive.

Menurut Tecmo, game ini bakal mempunyai efek ‘tan lines’ dan juga ‘swimsuit malfunctions’.

Masa untuk kembali bercuti di pantai bermula 24hb Mac ini.

TrackMania Turbo (Win, PS4, XBO)

TrackMania Turbo atau pun lebih dikenali sebagai TMT adalah sebuah game perlumbaan yang direka oleh Nadeo. TMT dijangka ingin memuaskan keinginan peminat game bergenre perlumbaan dengan menyediakan trek yang berjumlah lebih daripada 200!

Sama dengan konsep game sebelumnya, TMT bakal menyediakan aksi yang pantas dan akrobatik dalam perlumbaan untuk peminat-peminat siri ini. Bagi mereka yang gemarkan mod ‘split screen’, TMT membenarkan 4 pemain berentap serentak!

TrackMania Turbo bakal merempit mulai 22hb Mac.

Mario & Sonic at the Rio 2016 Olympic Games (3DS)

Mario & Sonic at the Rio 2016 Olympic Games bakal memberikan peluang kepada pemain untuk melayan acara sukan Olympic menggunakan watak-watak ikonik dari Nintendo dan juga Sega! Berentap dalam sukan-sukan seperti bola sepak, gymnastik, lumba lari, tinju dan banyak lagi!

Mario & Sonic at the Rio 2016 Olympic Games bakal dipasaran mulai 18hb Mac.

Miitomo (iOS, Droid)

miitomo-01

Nintendo sedang giat menyiapkan applikasi mobile pertama mereka! Applikasi ini bakal bertindak sebagai sebuah media sosial yang disertakan bersama mini games ciptaan Nintendo!

Avatar yang boleh korang cipta nanti sangat menyerupai avatar yang digunakan dalam konsol Wii. Ramai menjangkakan bahawa Miitomo ini bakal digunakan dalam konsol terbaru Nintendo yang diberi nama Nintendo NX!

Masih belum ada pengumuman bagi Miitomo walaupun dijangka bakal menemui peminat Nintendo pada bulan Mac.

JomKomen!