Sony telah mengumumkan satu lagi angka jualan yang cukup mengagumkan.
Sehingga 31 Disember 2019, PlayStation 4 telah terjual sebanyak 108.9 juta unit di seluruh dunia. Jualan ini diumumkan dalam laporan kewangan terbaru syarikat tersebut.
Pada Oktober lalu, Sony telah mengumumkan angka jualan konsol itu telah mencapai sebanyak 102.8 juta unit — sekaligus memotong tempat kedua yang diduduki PlayStation yang pertama (PS1) sebagai konsol kediaman (home console) paling laris dalam sejarah. Takhta teratas, PS2, masih jauh lagi untuk dipotong, iaitu sebanyak 155 juta unit.
Selain itu, laporan itu turut menyebutkan tentang jumlah pelanggan PlayStation Plus iaitu kesemuanya kini seramai 38.8 juta pelanggan. Ia meningkat sebanyak 2.5 juta pelanggan dalam masa setahun sebelumnya.
Comments
Loading…