in , , , , , , ,

10 Video Games Yang Bakal Menggegar Mac 2017!

Pada Mac ini, Nintendo Switch akan mula dipasarkan di samping dengan pelbagai video game seperti Ghost Recon Wildlands, Mass Effect: Andromeda dan macam-macam lagi!

Nintendo Switch – 3 Mac

Dijadualkan untuk pasaran dunia pada 3 Mac ini, Nintendo Switch menampilkan gabungan antara permainan konsol di rumah dan keupayaan gaming mudah-alih. Mungkin inilah konsol yang bakal membawa Nintendo kembali berdaya saing dengan Sony dan Microsoft? Mari kita nantikan dan lihat reaksi komuniti gaming kelak!

I Am Setsuna (Nintendo Switch) – 3 Mac

I Am Setsuna adalah sebuah JRPG yang telah dibangunkan oleh Tokyo RPG Factory kini bakal diterbitkan untuk Nintendo Switch. Ianya telah mendapat pelbagai kritikan positif dari pelbagai pihak dan ramai telah menyamakan ia dengan siri klasik keluaran Square Enix iaitu Chrono Trigger.

Just Dance 2017 (Nintendo Switch) – 3 Mac

https://www.youtube.com/watch?v=zhJrEW4522U

Just Dance 2017 yang sangat diminati oleh mereka yang gemarkan tarian kini tiba ke Nintendo Switch pula! Ingin bergerak aktif sambil bermain game? Mungkin inilah video game yang patut korang dapatkan!

The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Nintendo Switch & Wii U) – 3 Mac

The Legend of Zelda: Breath of the Wild pastinya akan menjadi game yang wajib dimiliki oleh pemilik-pemilik Nintendo Switch. Pemain akan berpeluang mengembara dalam persekitaran Hyrule yang luas dengan grafik HD. Keluaran terbaru Legend of Zelda ini pasti akan memukau peminat-peminat siri ini!

Nier: Automata  (PlayStation 4) – 7 Mac

Nier: Automata akan diterbitkan untuk pasaran antarabangsa pada 7 Mac ini, namun begitu ramai diantara peminat-peminat siri ini telah mendapatkan lebih awal dengan edisi Jepun/Asia yang didatangkan dengan alih suara dan subtitle Inggeris.

Ingin tahu lebih lanjut? Ikuti Suka Duka Demo bagi Nier: Automata dan nantikan review Boleh Beli or Boleh Blah!?

Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands (PC, PS4, & Xbox One) – 7 Mac

Ghost Recon Wildlands adalah sebuah open world tactical shooter dengan pandangan third person. Pemain akan mengambil tempat pasukan elit yang dikenali sebagai Ghost yang sebahagian dari pasukan tentera USA. Pemain akan diberikan akses kepada pelbagai senjata api, aksesori dan kenderaan untuk mencapai setiap objektif yang diberikan. Pemain juga boleh bergerak seorang diri dibantu oleh AI atau bersama rakan-rakan lain seramai 3 orang (4 orang sepasukan).

Lego Worlds (PC, PlayStation 4, & Xbox One) – 7 Mac

Lego Worlds mempersembahkan gameplay ala Minecraft atau sandbox di mana pemain bebas untuk membina apa saja dalam dunia yang akses. Dengan pilihan pelbagai blok-blok sebenar Lego, pastinya ini akan menjadi pengalaman yang mengasyikkan bagi peminat-peminat genre ini!

Danganronpa 1•2 Reload (PlayStation 4) – 14 Mac

Danganronpa adalah sebuah visual novel yang menjadi pujian ramai pihak dan kini ia akan diterbitkan semula dengan grafik yang lebih memukau tetapi kekal dengan jalan cerita yang tak masuk akal!

Mass Effect: Andromeda (PC, PlayStation 4, & Xbox One) – 21 Mac

Bersedia untuk mengembara ke galaksi Andromeda! Keluaran terbaru bagi siri Mass Effect ini akan bermula selepas 600 tahun dari trilogi asal. Dengan watak-watak baru, pemain akan dipersembahkan dengan dunia-dunia yang tidak pernah diterokai sebelum ini dengan bantuan enjin grafik Frostbite 3.

Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 Remix (PlayStation 4) – 28 Mac

Sebuah lagi penerbitan semula untuk Mac, Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 Remix akan diterbitkan dengan grafik yang lebih menarik dari keluaran asal. Pasti peminat-peminat siri Kingdom Hearts ingin kembali ke dunia yang mengasyikkan ini!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
AMD Ryzen 7 1800X Telah Berjaya Memecah Rekod Dunia Bagi Cinebench R15!

AMD Ryzen 7 1800X Telah Berjaya Memecah Rekod Dunia Bagi Cinebench R15!

Naughty Dog Nafikan Penglibatan Secara Langsung Dalam Pembikinan Filem Uncharted

Naughty Dog Nafikan Penglibatan Secara Langsung Dalam Pembikinan Filem Uncharted