Pelbagai game akan diterbitkan bulan Jun ini tetapi pastinya game seperti Tekken 7, Valkyria Revolution dan Crash Bandicoot akan mendapat perhatian ramai.

Tekken 7 (PC, PS4 & XBO) – 2 Jun

Menurut produser siri ini, Katsuhiro Harada telah menyatakan bahawa Tekken 7 akan mempunyai tema yang lebih serius dan bakal membawa konklusi bagi segala kisah dan masalah yang melibatkan keluarga Mishima. Siri ini akan membawa 38 watak untuk dicuba oleh pemain yang terdiri daripada watak-watak baru dan lama.

Dark Rose Valkyrie (PS4) – 2 Jun

Dibangunkan oleh nama-nama besar dari siri Tales keluaran Bandai Namco seperti Kosuke Fujishima dan Takumi Miyajima, Dark Rose Valkyrie mempunyai unsur JRPG dan visual novel. Mempunyai sistem yang menyerupai siri Ace Attorney dan Danganronpa, pemain perlu menyimpulkan kejadian dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Dirt 4 (PC, PS4 & XBO) – 2 Jun

Dirt 4 adalah sebuah game perlumbaan rally yang dibangunkan Codemasters dan merupakan keluaran yang ke-6 bagi siri ini. Pemain akan diberikan cabaran di trek-trek lumba sebenar dari seluruh dunia seperti di Australia, Spain, Wales dan banyak lagi. Disamping itu, komuniti akan diberi peluang untuk mencipta dan berkongsi trek-trek secara online melalui fungsi yang dikenali sebagai “Your Stage“.

Wipeout Omega Collection (PS4) – 2 Jun

Sebuah siri yang cukup klasik, Wipeout Omega Collection akan membawa semua kandungan dari Wipeout HD, Wipeout HD Fury & Wipeout 2048 kepada konsol PS4 dan PS4 Pro. Pemain akan berpeluang berlumba menggunakan kapal anti-graviti berkepantasan tinggi dengan kebolehan defensif dan offensif yang boleh digunakan untuk mencapai kemenangan.

Superbeat: Xonic (PS4) – 2 Jun

Superbeat: Xonic merupakan sebuah rhythm game yang dibangunkan oleh Nurijoy. Dikatakan sebagai pengganti spiritual bagai siri DJMax dan Beatcraft Cyclon, ianya dimainkan menggunakan fungsi touchscreen yang terdapat pada konsol PlayStation Vita. Superbeat: Xonic akan dibekalkan dengan 50 buah lagu yang terdiri dari pelbagai genre seperti RnB, indie pop, dan malah progressive metal dengan sentuhan produser muzik seperti 3rd Coast, ND Lee serta Tsukasa.

Arms (Switch) – 16 Jun

https://www.youtube.com/watch?v=k7s3UB_8dFM

Arms keluaran Nintendo ini akan terus memeriahkan genre fighting game dengan gaya pendekatan yang tersendiri. Pemain akan menggunakan watak-watak yang mempunyai kebolehan untuk memanjangkan tangan bagi tujuan menyerang disamping pelbagai kebolehan unik yang lain. Bertarung dalam arena 3D, pemain boleh memilih untuk menggunakan controller Joy-Con atau Pro controller.

Final Fantasy XIV: Stormblood (PC & PS4) – 20 Jun

Merupakan penambahan bagi Final Fantasy XIV: Online, Stormblood akan memberi kawasan-kawasan baru untuk diterokai pemain disamping memperkenalkan 2 class baru iaitu red mage dan samurai. Keluaran ini juga akan memberikan pemain akses kepada dungeon serta raid seramai 8 pemain yang baru.

Nex Machina (PC & PS4) – 20 Jun

Nex Machina adalah sebuah video game twin-stick shoot ’em up dan telah mengambil tema dari siri-siri seperti Ikaruga yang cukup dikenali dalam dunia bullet hell tetapi dengan sentuhan dan idea dari studio Housemarque.

Valkyria Revolution (PS4, PSVita & XBO) – 27 Jun

Valkyria Revolution (Valkyria: Azure Evolution untuk pasaran Jepun) akan memaparkan kisah yang baharu dan bukanlah sekuel bagi siri Valkyria Chronicles disamping menggunakan sistem pertarungan yang berlainan sama sekali. Fungsi permadeath atau kematian kekal akan diperkenalkan dan telah mendapat respon positif bagi pemain-pemain yang gemarkan cabaran.

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy (PS4) – 30 Jun

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy ini telah dibangunkan oleh Vicarious Visions ini akan menampilkan versi terbaru bagi game Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back, dan Crash Bandicoot: Warped.

JomKomen!