Seperti korang dah tahu, Sledgehammer Games bakal keluarkan reboot Call of Duty: Modern Warfare 3 pada 10 November tahun ini. Jadi sementara korang nak tunggu tu, apa kata kita imbau kembali missions terbaik dalam siri campaign Call of Duty yang diminati peminat.
1. No Russian (Call of Duty Modern Warfare 2)
Ini adalah misi paling kontroversi iaitu “Remember, no Russian”. Peminat tegar Call of Duty mesti takkan lupalah pasal misi ini. Pertama kali main ternganga mulut tak sangka ini misi yang kita sebagai pemain terlibat. Korang bermain sebagai undercover CIA agent, Private Allen, berjalan bersama-sama dengan Makarov dan pasukannya. Melakukan serangan ke atas orang awam di lapangan terbang Moscow.
Misi ini sangat kontroversi sampai ia dibincangkan di media massa pada masa tu. Beberapa buah negara seperti di Jepun dan German menapis atau membuang misi tersebut. Malah pemain ada pilihan untuk skip misi ini.
2. Vendetta (Call of Duty: World at War)
Call of Duty World at War merupakan salah satu game FPS terbaik bertemakan Perang Dunia Kedua. Dan juga yang pertama dalam siri menampilkan campaign di belah lautan Pasifik di mana tentera marin Amerika Syarikat menentang tentera Jepun. Kontras kepada campaign di Pasifik yang lebih heroic. Campaign Soviet Union lebih dark dan depressing.
Pemain dipaparkan dengan visual mayat askar-askar Soviet ditembak mati oleh tentera Nazi di Stalingrad. Pemain perlu berkerjasama dengan Sergeant Reznov untuk membunuh General Amsel dengan menggunakan sniper rifle.
Fakta menarik, pelakon suara Sergeant Reznov ialah pelakon Hollywood terkenal Gary Oldman.
3. All Ghillied Up (Call of Duty 4: Modern Warfare)
Mission All Ghillied Up lebih kepada flashback tentang misi khas yang dilaksanakan oleh Price dan Captain MacMillan di Pripyat, Ukraine pada tahun 1996. Objektif mereka adalah untuk membunuh Imran Zakhaev. Apa yang membuatkan mission ini diingati adalah build up dan perjalanan Price dan MacMillan dari tanah rumput lapang menuju ke bangunan objektif.
Pemain perlu buat pilihan sama ada nak tumbangkan sasaran bila perlu atau kekal senyap dan bersembunyi dengan sut ‘ghillie’.
4. Loose Ends (Call of Duty: Modern Warfare 2)
Selain No Russian, mission Loose Ends juga tidak dapat dilupakan oleh peminat. Dan juga buatkan kita menangis. Pengkhianatan yang tak dijangka oleh General Shepard ke atas Roach dan Ghost selepas kita berhempas pulas mendapatkan DSM dari safehouse Makarov adalah sesuatu yang tak dapat dimaafkan. General Shepard bertindak menembak dan membakar mayat Roach dan Ghost.
5. Shock & Awe (Call of Duty 4: Modern Warfare)
Jika Modern Warfare 2 diingati kerana mission No Russian, Call of Duty 4: Modern Warfare diingati kerana mission Shock & Awe. Operasi ketenteraan besar-besaran bertukar dari ofensif kepada misi membawa keluar tentera dari Basra, kerana ada ancaman senjata nuklear di bandar itu.
Sepanjang masa pemain berada di dalam helikopter mengawal senjata pelancar grenad. Menembak musuh dan menyelamatkan askar-askar yang berada di darat. Apa yang menarik di sini adalah muziknya yang penuh dengan rentak rock. Membuatkan pemain rasa bersemangat, rasa seperti hero, rasa seperti musuh tak dapat kalahkan kita.
Tapi semua tu tak lama, dalam sekelip mata letupan nuklear menghancurkan bandar dan askar-askar marin. Korang sebagai orang terakhir yang masih hidup merangkak dan terasa sangat lemah. Melihat awan cendawan melonjak tinggi di udara sebelum menghembuskan nafas terakhir.
6. Rebirth (Call of Duty: Black Ops)
Call of Duty: Black Ops membawakan kelainan dari siri Call of Duty lain. Tidak memfokuskan kepada cerita perang konvensional. Black Ops lebih bersifat personal dengan tema conspiracy thriller. Sesi soal siasat terhadap Alex Mason tentang nombor membuatkan pemain tertanya-tanya.
Mission Rebirth menjawab persoalan pemain dan menjadikan segala titik plot masuk akal. Mason selama ini berhalusinasi, dia ingat Reznov wujud. Tapi sebenarnya dia dan Reznov adalah orang yang sama.
7. Cordis Die (Call of Duty: Black Ops 2)
Call of Duty: Black Ops 2 juga mempunyai beberapa mission yang menarik. Tapi mission Cordis Die yang paling menonjol kerana ia melibatkan pemain perlu melindungi presiden Amerika Syarikat dari serangan dron-dron di bandar Los Angeles. Pada penghujung misi, pemain perlu mengawal jet pejuang untuk menembak lebihan dron-dron yang masih berlegar di udara.
8. Clean House (Call of Duty: Modern Warfare 2019)
Modern Warfare 2019 merupakan reboot kepada Call of Duty 4: Modern Warfare. Ia membawakan plot yang berbeza namun masih mengekalkan barisan karakter dari game lama dengan tambahan beberapa karakter baru.
Salah satu mission yang paling diminati oleh peminat dalam siri reboot ini adalah Clean House. Kita bermain sebagai Gaz, bersama dengan Captain Price dan pasukan SAS menyelinap masuk ke dalam bangunan yang dihuni oleh beberapa orang pengganas.
Apa yang buatkan misi ni sangat intense adalah pemain perlu fokus menumpaskan musuh kat setiap tingkat. Perlu jaga tembakan kerana ada orang awam dan musuh yang menyamar jadi orang awam. Ketiadaan muzik membuatkan pemain lagi stress. Sememangnya dapat rasa feeling “Bravo six, going dark.”
9. Blood Brothers (Call of Duty: Modern Warfare 3)
Soap McTavish bersama dengan Yuri di bangunan seberang, bersedia dengan sniper untuk menembak Makarov. Pelan tak berjalan seperti dirancang apabila Makarov dah lama tahu kedudukan Soap dan Yuri. Lebih mengejutkan Makarov kenal Yuri. Bangunan di mana mereka berdua bersembunyi meletup, menyebabkan Yuri terpaksa memapah Soap keluar bersama dengan Price.
Lebih menyedihkan, Price terpaksa menghadapi kematian Soap. Dan di sini kebenaran terbongkar hubungan antara Yuri dan Makarov.
10. No Man’s Land (Call of Duty: Ghosts)
Walaupun penerimaan Call of Duty: Ghosts dari peminat tidak bagus. Ia masih menampilkan beberapa mission yang baik. Salah satunya ialah No Man’s Land di mana pemain bertukar dari perspektif askar ke anjing K9 bernama Riley. Pemain boleh mengawal Riley menerusi kamera yang berada di belakang badannya. Melakukan serangan senyap tapi ganas ke atas musuh.
Jadi, dari senarai ni, yang manakah favorite mission Call of Duty korang? Atau korang ada mission kegemaran sendiri yang tak ada dalam senarai ni? Boleh share di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
Comments
Loading…