Ada sesetengah game di platform PlayStation hanya dikeluarkan di satu atau beberapa rantau sahaja, dan tidak dikeluarkan untuk semua pemain di seluruh dunia. 

Dan ada sesetengah game lain pula, ia dikeluarkan di satu-satu rantau terlebih dulu sebelum ia dilancarkan di rantau-rantau yang lain.

Tetapi, sebenarnya walaupun game tersebut tidak dilancarkan di Malaysia (rantau Asia), korang masih boleh mendapatkan game-game tersebut! Korang hanya perlu membuka akaun PlayStation baru untuk rantau-rantau lain untuk mengakses game-game itu.

Kali ini, JomGaming akan cuba tolong korang untuk melakukannya. Tutorial di bawah mengajar korang untuk membuka akaun PlayStation baru.

1. Sila ke laman web PlayStation Store. Sekiranya korang telah login dengan akaun sedia ada, pastikan korang log keluar terlebih dulu.

2. Kemudian pilih ‘Create Account’, dan mula mengisi maklumat yang perlu.

3. Pastikan emel yang korang ingin daftar adalah emel yang belum pernah digunakan untuk akaun PlayStation sebelum ini.

4. Pastikan juga korang memilih negara yang ingin korang buka akaun untuk rantau itu.

5. Pilih Online ID korang , seperti akaun PlayStation Malaysia korang , Online ID tidak boleh diubah setelah korang tetapkannya, jadi sila pilih ID yg EPIK! Kemudian masukkan Password korang . Jangan terlupa tau apa Online ID dan Password korang ni!

6. Kemudian sila isi maklumat peribadi korang .

7. Kemudian adalah langkah yang penting, iaitu korang diminta mengisi maklumat alamat. Isikan alamat-alamat tersebut dalam kotak yang disediakan mengikut format.

PERINGATAN!
Membuka akaun di region lain tidak menyalahi undang-undang, tetapi ianya melanggar Terms of Service (ToS) SEKIRANYA korang menggunakan alamat palsu seperti yang terdapat di laman-laman yang menawarkan alamat Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Jepun.

Seeloknya korang dapatkan alamat kawan-kawan atau ahli keluarga yang menetap di di region berkenaan untuk proses pendaftaran ini. JomGaming tidak bertanggungjawab sekiranya PSN mendapati korang melanggar perjanjian ToS mereka.

8. Kemudian korang diminta untuk memasukkan informasi kad kredit, namun korang boleh tinggalkan bahagian ini.

9. Dan akhir sekali tekan butang ‘Finish’ dan semak emel korang untuk tujuan verifikasi akaun.

10. Kini, anda telah siap membuka akaun baru untuk rantau lain. Gunakan Online ID dan Password yang baru didaftarkan ini di PlayStation korang dan Create New Account. Tahniah, korang berjaya mendaftar akaun PSN di region yang lain!

Selamat mencuba!

JomKomen!