in ,

10 Kali Ganda Peningkatan Kelajuan Internet Untuk Pelanggan Unifi Sedia Ada, Menurut Akaun Twitter Unifi

Semua game dijangka beralih sepenuhnya ke digital menjelang tahun 2022? Takda hal lah!

Beberapa hari lalu, Telekom Malaysia (TM) telahpun mendedahkan serba sedikit tentang apakah perancangan mereka dalam masa terdekat untuk menawarkan peningkatan perkhidmatan internet untuk pelanggan mereka. Antara yang diumumkan ialah Unifi Turbo, sebuah pelan yang bakal menaik-taraf kelajuan internet untuk pelanggan Unifi sedia ada.

TM pada ketika ini masih lagi belum berkongsi info lanjut tentang pelan ini kerana satu lagi sidang media bakal diadakan pada 12 Julai nanti. Namun, kita telah mendapat satu info yang agak menarik melalui satu tweet yang dikeluarkan oleh akaun Twitter Unifi.

Ada pengguna Twitter yang menanyakan kepada mereka tentang adakah pelanggan yang memiliki kelajuan internet 100mbps akan mendapat potongan harga separuh harga, akaun Twitter Unifi tersebut menjawab:

“Untuk menjelaskan, pelan Unifi Turbo akan mempunyai peningkatan kelajuan jalur-lebar 10 kali ganda tanpa sebarang caj tambahan kepada pelanggan sedia ada di rumah dan pelan perniagaan.”

https://twitter.com/unifi/status/1014078032858869760

Melalui apa yang dinyatakan, adakah pelanggan sedia ada yang mempunyai kelajuan 10mbps akan bertukar kepada 100mbps, dan seterusnya mereka yang mempunyai kelajuan 100mbps akan beralih ke 1Gbps?

Hanya TM yang mempunyai jawapan ini, dan semuanya akan terjawab pada 12 Julai ini nanti. Sama-sama kita tunggu.

Terima kasih, Amanz.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. siot giler jikalau diorang sebenarnya mampu buat semua ini tanpa naik tarah infrastuktur, dan selama ini kita punya internet sangat bagus tetapi berada dibawah kerana monopoly politik .

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us Part II Mungkin Akan Ada Lebih Daripada Satu Karakter Yang Boleh Dimainkan

Fortnite Akan Tamatkan Mode Playground Minggu Hadapan, Akan Bawakan Mode Kreatif Penuh Yang Ditambahbaik