Jangan Tonton Trailer Pelancaran Death Stranding Kalau Nak Elakkan Spoiler Kerana Ianya Hampir 8 Minit

Kebanyakan gamer akan merasai kenikmatan yang lebih tinggi apabila bermain game yang jauh lebih panjang untuk dihabiskan berbanding game lain yang lebih pendek. Senang kata, lebih panjang game itu, lebih seronok untuk dimainkan.

Tahun 2019 telah membawakan pelbagai game menarik, dan TwinFinite telah merumuskan apakah game yang dikeluarkan pada tahun ini, yang paling panjang untuk dihabiskan.

Seperti biasa, waktu yang diperlukan adalah berbeza untuk setiap pemain, bergantung kepada bagaimana kita memainkannya, namun senarai ini adalah mengambil purata secara umum berapa lamakah untuk menghabiskan jalan cerita utamanya.

Jom kita lihat:

  1. The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel III — 65 jam
  2. Final Fantasy XIV: Shadowbringers — 60 jam
  3. Dragon Quest Builders 2 — 55 jam
  4. Persona Q2: New Cinema Labyrinth — 48 jam
  5. Fire Emblem: Three Houses — 47 jam
  6. Death Stranding — 39 jam
  7. Days Gone — 36 jam
  8. Monster Hunter World: Iceborne — 36 jam
  9. Total War: Three Kingdoms — 35 jam
  10. Phoenix Point — 32 jam

Bagaimana pula dengan korang? Game apakah yang paling lama untuk korang habiskan pada tahun ini?

JomKomen!