Semalam, kami dah pun laporkan tentang 10 trailer game yang paling banyak ditonton sepanjang tahun 2018.

Kali ini, jom kita tengok pula apakah game yang paling banyak dibualkan di salah satu platform media sosial yang paling popular dalam kalangan gamers, iaitu di Twitter.

Senarai ini diambil dari laporan GamesIndustry.biz yang memetik laporan dari Fancensus. Kedudukan ini berdasarkan jumlah retweet yang disebarkan di seluruh laman Twitter.

Pastinya, seperti kita semua boleh jangka, di tempat pertama semestinya ialah Fortnite dengan 1,038,619 retweet. Game keluaran Epic Games ini diikuti oleh Call of Duty: Black Ops 4 (948,179), Super Smash Bros Ultimate (713,912) dan Red Dead Redemption 2 (626,080).

Apa yang mengejutkan adalah GTA V, sebuah game yang dikeluarkan pada tahun 2013, masih lagi boleh mencelah di tangga ke-7 — mengatasi game yang mendapat anugerah yang cukup banyak pada tahun ini, God of War.

Korang boleh lihat senarai penuh di bawah — 10 game paling banyak mendapat retweet di Twitter sepanjang tahun 2018:

  1. Fortnite (1,038,619)
  2. Call of Duty: Black Ops 4 (948,179)
  3. Super Smash Bros Ultimate (713,912)
  4. Red Dead Redemption 2 (626,080)
  5. Fallout 76 (549,665)
  6. Dragon Ball FighterZ (286,309)
  7. Grand Theft Auto V (279,441)
  8. God of War (217,467)
  9. Battlefield V (194,125)
  10. Splatoon 2 (193,480)

JomKomen!