in , , , , , ,

10 Game Open-World Terbaik Bertemakan Sejarah Yang Bukan Assassin’s Creed

Game open-world sudah tidak asing lagi dalam dunia gaming. Dengan teknologi grafik yang lebih canggih, pembangun lebih mudah untuk mencipta dunia sandbox yang lebih besar, lebih cantik dan lebih realistik. Ia juga membolehkan pembangun menghasilkan cerita berdasarkan sejarah dunia. Ini adalah 10 game open-world yang bertemakan sejarah.

10. Red Dead Redemption (2010) (PS3, Xbox 360)

Red Dead Redemption merupakan salah satu game open-world terbaik. Berlatarbelakangkan dunia Wild West pada awal tahun 1900. Pemain mengawal John Marston sedang dia cuba untuk menjejaki kumpulan jahat untuk selamatkan keluarganya.

Ia menampilkan barisan karakter yang menarik dan konflik yang dinamik. Landskap dunianya yang pelbagai seperti di padang pasir, hutan dan kawasan pergunungan.

9. Mount & Blade 2: Bannerlord (2020) (PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X/S, PC)

Mount & Blade 2: Bannerlord mengambil inspirasi dari dunia zaman pertengahan dengan lokasi fiksyen iaitu Calradia. Pemain bermain sebagai askar upahan menjelajah ke dunia yang penuh dengan politik dengan sertai mana-mana pihak dan dalam masa yang sama, mencipta musuh.

8. Dynasty Warrior 9 (2018) (PS4, Xbox One, PC)

Walaupun peminat francais ni ada pendapat mereka masing-masing tentang setiap game. Tapi satu yang pasti, siri Dynasty Warrior akan berikan pemain power fantasy untuk lakukan pelbagai jenis serangan kool ke atas musuh. Malah, Dynasty Warrior 9 merupakan game open-world pertama dalam siri.

7. The Saboteur (2009) (PS3, Xbox 360, PC)

Bagi saya ini merupakan game open-world yang unik dari segi lokasi dan sejarahnya. The Saboteur dibangunkan oleh Pandemic Studios ini menggunakan lokasi Paris yang telah ditawan oleh Nazi German semasa Perang Dunia Kedua. Pemain bermain sebagai ahli pejuang Perancis dalam misi untuk membebaskan Paris.

Apa yang menariknya tentang game ini adalah kawasan di sekitar Paris berwarna hitam putih. Hanya selepas pemain berjaya bebaskan kawasan itu dari Nazi barulah kawasan berubah menjadi warna warni.

6. Kingdom Come: Deliverance (2018) (PS4, Xbox One, PC)

Walaupun ada beberapa kelemahan semasa ia dilancarkan, Kingdom Come: Deliverance tetap tidak mengecewakan. Warhorse Studios membawakan zaman pertengahan semasa Kingdom of Bohemia dengan baik dari segi ketepatan sejarahnya. Malah, kombatnya yang brutal dan realistik menambahkan lagi immersion dalam dunia.

5. Far Cry Primal (2016) (PS4, Xbox One, PC)

Dalam banyak-banyak game Far Cry, Far Cry Primal yang jarang peminat cakap. Mungkin kerana gameplay-nya yang berubah 360 darjah dari menggunakan senjata api kepada senjata seperti tombak dan panah.

Tapi setting-nya menarik kerana ia bawa pemain kembali ke zaman prasejarah pada tahun 10,000 S.M. semasa zaman Paleolitik hampir berakhir dan bermulanya zaman Mesolitik. Pemain bermain sebagai pemburu yang sedang naik untuk menjadi ketua dalam suku kaumnya.

4. Mafia 2 (2010) (PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One, PC)

Siri Mafia terutamanya Mafia 2 menampilkan open-world yang mengagumkan dari segi eksplorasi dan naratifnya. Malah peminat masih mengatakan sekuel ini adalah antara yang terbaik dalam francais. Kerana ceritanya yang memfokuskan kepada Vito Scaletta adalah sangat menghiburkan dan diingati.

3. L.A. Noire (2011) (PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One, Nintendo Switch, PC)

Kalau berminat nak selesaikan kes-kes jenayah, boleh main L.A. Noire yang dibangunkan oleh Team Bondi dan diterbitkan oleh Rockstar Games. Pemain menjadi detektif pada tahun 1947 di Los Angeles dalam menyiasat kes pengedaran morphine yang melibatkan beberapa orang bekas askar Perang Dunia Kedua.

Pemain perlu mencari klu-klu dan juga perlu menyoal siasat suspek dan mangsa untuk mendapatkan maklumat. Apa yang membuatkan game ni unik adalah teknologi grafik pengecaman raut wajahnya yang sangat detail dan realistik. Di mana semasa pemain menyoal siasat, pemain perlu mengenal pasti sama ada suspek itu menipu atau tidak dari perubahan raut wajahnya.

2. Way of the Samurai 3 (2008) (PS3, Xbox 360, PC)

Way of the Samurai 3 dibangunkan oleh Acquire ini berlatarbelakangkan zaman feudal Jepun semasa era Sengoku. Menawarkan pemain untuk menyelami sejarah dan budaya masyarakat Jepun. Setiap keputusan yang dibuat oleh pemain akan memberikan kesan kepada pengakhiran jalan cerita. Lebih mengejutkan ada 22 ending berbeza.

Gabungan elemen open-world, RPG dan kombatnya yang menghiburkan sangat sesuai bagi mereka yang meminati sejarah feudal Jepun.

1. Ghost of Tsushima (2020) (PS4, PS5)

Jika Way of the Samurai 3 memaparkan budaya Jepun pada zaman feudal era Sengoku. Ghost of Tsushima memfokuskan kepada penjajahan Mongol pertama di pulau Tsushima. Protagonis Jin perlu memilih sama ada bertempur dengan mengekalkan kod kehormatannya. Atau membuang kod yang dipegangnya selama ini dan berlawan dengan cara paling kotor untuk mengalahkan musuhnya.

Ghost of Tsushima menampilkan gameplay pertempuran pedang yang mencabar dan menarik digabungkan dengan skill stealth. Tidak lupa juga pulau Tsushima yang sangat cantik untuk pemain explore.

Jadi apa pandangan korang tentang game-game open-world bertemakan sejarah ni? Sejarah mana yang korang paling berminat nak main? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Rockstar akhirnya umumkan remaster Red Dead Redemption untuk PS4, Nintendo Switch

Ratchet & Clank: Rift Apart (PC): Boleh Beli or Boleh Blah!?