Genshin Impact sememangnya game mobile yang popular. Membawakan dunia open-world yang cantik dan gameplay hack n slash yang menarik. Tapi bagi korang yang teringin nak cuba game baru. Tak kisah asalkan ada elemen open-world atau lari dari genre fantasi. Ini ada 10 game mobile macam Genshin Impact yang korang boleh main.
1. Tower of Fantasy
Menyambut ulang tahun pertama pada tahun ini, Tower of Fantasy merupakan game open-world MMORPG dengan elemen gacha. Menampilkan dunia dengan pelbagai jenis tema dari futuristik, padang pasir, lautan yang korang boleh menyelam dan kawasan baru Domain 9. Kombatnya juga memerlukan korang untuk menukar 3 jenis senjata dengan elemen berbeza untuk mengalahkan musuh.
Terdapat pelbagai jenis game modes ditawarkan kepada pemain supaya korang boleh bertarung bersama-sama dengan rakan korang.
2. Albion Online
Dibangunkan oleh Sandbox Interactive, Albion Online ialah game MMORPG dengan tema zaman pertengahan. Terdapat beberapa jenis kelas berbeza yang pemain boleh pilih. Setiap satunya mempunyai kebolehan yang dapat memenuhi playstyle korang.
Korang perlu lengkapkan quests untuk mendapat Fame. Di mana melalui Fame ini, korang dapat akses kepada senjata, perisai dan item-item lain yang lebih kuat untuk menghadapi pelbagai jenis musuh.
3. Ragnarok M: Eternal Love
Siapa tak kenal dengan siri Ragnarok. Ragnarok M: Eternal Love direka khas untuk pasaran Android dan iOS. Mulakan pengembaraan korang dalam menentang Demon King Morroc. Terdapat beberapa kelas yang korang boleh pilih seperti Stellar Hunter, Shadow Warrior, Soulblade Cross dan banyak lagi. Bagusnya, korang boleh tukar kelas pada bila-bila masa.
4. The Legend of Neverland
Sebuah lagi game MMORPG yang korang boleh main dengan kawan-kawan korang. The Legend of Neverland akan membawa korang ke dalam dunia fantasi yang berada di bawah kerajaan Cabala. Karakter boleh diubah suai dengan pemilihan pelbagai jenis kelas. Korang menjelajah ke dunia untuk menentang monsters dan mendapatkan loot terbaik.
5. RPG Toram Online
Walaupun grafiknya seperti game dari konsol PS2. Namun RPG Toram Online sudah berada di pasaran sejak tahun 2015. Dibangunkan dan diterbitkan oleh Asobimo, RPG Toram Online sebuah game MMORPG yang korang boleh main secara solo atau bersama dengan pemain lain. Terdapat fungsi seperti sistem trading, guild dan senjata yang boleh diubah suai.
6. Avabel Online
Sebuah lagi game MMORPG yang dikeluarkan oleh pembangun Asobimo. Avabel Online menampilkan kombat dengan gabungan pelbagai jenis combo. Main Tower ialah kawasan di mana pemain boleh terokai dan menentang monsters bersama-sama dengan pemain lain. Mode PvP juga diperkenalkan di mana seramai seribu pemain boleh dimuatkan dalam arena.
7. Garena Undawn
Kalau korang nak lari dari genre fantasi, Bersedia untuk hadapi serangan dari gerombolan zombi dalam Garena Undawn. Jangan takut dan jangan risau, korang tak keseorangan dalam dunia kerana korang boleh bekerjasama dengan pemain untuk sama-sama survive. Korang juga boleh bina penempatan dan sertai camp raid dengan pemain lain.
8. LifeAfter
Sebuah lagi game yang bertemakan dunia apokalis zombi. LifeAfter juga membawakan korang untuk menghadapi serangan ganas zombi dan beberapa jenis makhluk mutan lain. Survive bersama dengan rakan-rakan korang dalam dunia salji yang mencabar.
9. Dawnlands
Dawnlands merupakan sebuah game open-world dengan sistem crafting yang membenarkan korang menjelajah ke dunia fantasi. Selain melawan monsters, korang boleh mencari item seperti relics dan senjata khas dengan selesaikan quest atau puzzle.
10. Black Desert Mobile
Dibangunkan oleh Pearl Abyss, Black Desert Mobile menawarkan korang untuk menjadi hero dalam dunia Great Desert yang terletak di antara Calpheon dan Kingdom of Valencia. Kuasa Black Rock juga bertanggungjawab mencipta tamadun-tamadun purba yang berkembang pesat dengan teknologi mereka. Terdapat beberapa kelas yang korang boleh pilih seperti Mystic, Legatus, Solaris, Drakania dan banyak lagi untuk korang mula pengembaraan.
Jadi antara 10 game ni, yang manakah korang akan main? Atau korang pernah ada pengalaman main game-game ni? Share dengan kitaorang di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
Comments
Loading…