Kita semua harapkan pengakhiran yang gembira dalam game yang kita main. Tapi tu lah, hidup ni tak selalu indah. Kadangkala yang pahit itu kita perlu telan. Ini adalah 10 game ending yang boleh buat korang rasa sedih.
SPOILER ALERT!
1. Bioshock Infinite (2013) (PS3, Xbox 360, PC)
Ini merupakan hasil kerja terakhir Ken Levine dalam francais Bioshock untuk membawakan jalan cerita yang penuh beremosi dan menyayat hati. Diselitkan juga konsep dimensi-dimensi berbeza.
Penghujung game ini adalah sesuatu yang dingin. Protagonis, Booker DeWitt perlu mati untuk menghentikan Elizabeth dari terus terseksa. Korbankan diri demi kebahagian orang lain.
2. Final Fantasy 10 (2001) (PS2, PS3, PS4, PS Vita, Xbox One, Nintendo Switch, PC)
Final Fantasy 10 ialah game pertama yang membuat kemunculan di konsol PS2. Ianya telah mencapai kejayaan dari peminat dan pengkritik kerana jalan ceritanya yang terbaik dan visualnya yang cantik.
Namun pengakhirannya tidak seindah yang disangka. Selepas berjaya mengalahkan Sin dan selamatkan Spira. Kebenaran mula didedahkan bahawa Tidus sebenarnya hanyalah jelmaan dalam mimpi Fayth bersama dengan Auron. Yang mana kedua-duanya hilang selepas mereka berjaya mencapai tujuan terakhir.
3. That Dragon, Cancer (2016) (PC, iOS)
That Dragon, Cancer merupakan pengalaman yang setiap gamer perlu rasai. Ia merupakan game autobiografi yang mendokumentasikan pengalaman keluarga Green dalam membesarkan anak lelaki mereka, Joel. Yang meninggal dunia pada umur 5 tahun akibat kanser.
Dari awal hingga akhir, pemain akan alami pengalaman yang menyedihkan. Cabaran keluarga Green untuk mendapatkan yang terbaik demi anak lelakinya, Joel. Cerita keluarga Green ini juga mengingatkan kita supaya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas.
4. Persona 3 (2006) (PS2, PSP)
Game Persona 3 merupakan JRPG yang mempunyai tone jalan cerita lebih gelap dari game-game sebelumnya. Tema kematian dipandang serius sepanjang permainan.
Selepas mengalahkan Nyx dan selamatkan dunia. Pemain perlu melihat protagonis mati di tangan Aegis sedang rakan seperjuangan pemain bergegas untuk selamatkan protagonis.
5. The Last of Us (2013) (PS3, PS4)
Bukan saja penamatnya amat menyedihkan, tapi pada waktu-waktu terakhir kita sebagai pemain yang mengawal Joel mengetahui bahawa Ellie perlu mati demi untuk selamatkan dunia. Tapi Joel menolak, dia sanggup korbankan dunia untuk selamatkan Ellie. Joel tidak mahu sejarah berulang seperti apa yang telah berlaku kepada anak perempuannya.
6. Shadow of the Colossus (2005) (PS2)
Shadow of the Colossus menampilkan dunia yang misteri dan penuh dengan raksasa gergasi pelik yang pemain perlu hapuskan untuk selamatkan wanita bernama Mono. Hanya untuk menyedari protagonis, Wander telah dimanipulasi sepanjang masa. Dia disedut ke dalam kolam dan bertukar menjadi bayi. Sedih? Ya. Tapi pelik. Meninggalkan banyak tanda tanya.
7. Spec Ops: The Line (2012) (PS3, Xbox 360, PC)
Ingat Spec Ops: The Line, ingat babak White Phosphorus yang mengorbankan ramai orang awam. Perang bukan sesuatu yang indah, itu mesej yang dibawakan dalam game ini. Pemain akan melihat perubahan emosi Captain Walker di sepanjang permainan. Daripada seorang yang berdisiplin kepada seorang yang berperangai seperti binatang.
Pengakhirnya juga bukan buatkan pemain rasa sedih. Tapi rasa menyesal dan bersalah atas semua kegilaan jenayah perang yang pemain dah lakukan.
8. Halo: Reach (2010) (Xbox 360, Xbox One, Xbox Series X/S)
Siri Halo sentiasa membawa jalan cerita yang seronok dan heroic. Tapi semuanya berubah menjadi ombak emosi dalam Halo: Reach. Penamatnya yang dramatik di mana pemain keseorangan perlu berlawan dengan angkatan Covenant sehingga ke akhir hayat.
Babak terakhir memperlihatkan helmet pemain berada di atas tanah rumput hijau. Tiada Covenant. Mengingatkan pemain pengorbanan yang protagonis dah lakukan.
9. Metal Gear Solid 3: Snake Eater (2004) (PS2, 3DS)
Metal Gear Solid 3: Snake Eater mempunyai babaknya yang emosi dan personal. Tapi semua tidak boleh dibandingkan dengan penamatnya. EVA mendedahkan bahawa The Boss bukanlah pembelot tapi double agent yang berkerja untuk Amerika Syarikat.
Dia dibunuh oleh Snake yang melihat The Boss sebagai pengkhianat negara. Setelah mengetahui kebenaran, Snake melawat kubur The Boss dan berikan bunga lili sebagai tanda penghormatan.
10. Red Dead Redemption 2 (2018) (PS4, Xbox One, PC)
Jalan cerita Red Dead Redemption 2 sememangnya matang dan penuh dengan suka duka. Pada penghujung permainan, Arthur menyelamatkan John, menarik perhatian ejen-ejen Pinkerton. Bertempur menentang Micah dalam pertempuran berdarah di kawasan pergunungan.
Arthur yang mengalah kerana kecederaan parahnya, mati sedang dia melihat matahari terbit yang cantik.
Jadi apa pandangan korang tentang game-game yang ada sad endings ni? Atau korang ada game yang ada ending yang masih meninggalkan kesan kat korang sehingga sekarang? Boleh kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!
Thnx for share.. Very best post. Ty.