Menu
in , , ,

10 Game Di Steam Dengan Saiz Fail Terbesar

Dengan evolusi teknologi video games yang semakin berkembang, terutamanya dari segi kualiti grafik dan aspek-aspek teknikal lain. Saiz fail game juga semakin lama semakin besar. Ada banyak game yang makan banyak ruang storan dalam PC kita. Tapi ini adalah 10 steam games dengan saiz fail terbesar.

1. Mass Effect: Legendary Edition – 120 GB

Saiz fail Mass Effect: Legendary Edition ialah 120 GB. Mass Effect merupakan siri game genre sci-fi yang ikonik. Korang bermain sebagai Commander Shepard mengetuai pasukan dalam misi tentang peperangan dan pengkhianatan. Korang perlu buat banyak keputusan yang akan menentukan hala tuju naratif dan barisan karakter yang ada bersama dengan korang.

Tapi versi Legendary Edition ni memuatkan 3 buah game sekali gus bersama dengan DLC dan juga beberapa penambahbaikan dari segi grafik dan isu teknikal.

2. Microsoft Flight Simulator – 127+ GB

Jika korang teringin nak terbangkan pesawat, boleh main Microsoft Flight Simulator. Tapi bersedia dengan saiz fail 127 GB lebih. Gameplay sememangnya realistik dan berikan pengalaman yang menakjubkan kat pemain. Kadangkala keadaan cuaca juga boleh berubah untuk berikan cabaran.

3. Halo: The Master Chief Collection – 137 GB

Selain francais Call of Duty, siri Halo juga tidak asing dalam dunia gaming. Game FPS di mana korang bermain sebagai askar super iaitu Master Chief dalam menentang Convenant. Dan korang boleh rasai keenam-enam buah game Halo dalam The Master Chief Collection.

Itu yang menjadikan saiz failnya sebesar 137 GB termasuk sekali dengan mode campaign dan multiplayer. Tapi jangan risau sebab korang boleh pilih nak install game yang mana satu.

4. Medal of Honor: Above and Beyond – 177 GB

Dalam senarai ni, ini adalah satu-satunya game Virutal Reality dengan saiz fail sebesar 177 GB. Dah lama tak dengar siri Medal of Honor ni, last game aku main pun Medal of Honor: Warfighter. Tapi dalam Above and Beyond, developer kembali ke Perang Dunia Kedua sebagaimana siri yang asalnya. Pastinya ia berikan pengalaman baru kat pemain yang nak main game FPS kat VR.

5. Final Fantasy 15 Windows Edition – 110 GB

Final Fantasy 15 ialah game JRPG yang memfokuskan kepada Prince Noctis dan rakan-rakannya dalam misi merampas kembali kerajaannya dan membongkar rahsia di sebalik semua yang berlaku. Dengan muatkan sekali DLC, saiz game ni sebesar 110 GB. Kalau korang muat turun pek tekstur resolusi 4K, saiz fail terus naik jadi 160 GB.

6. Red Dead Redemption 2 – 120 GB

Rasanya saiz 120 GB ni memang berbaloi kalau korang main Red Dead Redemption 2. Dengan saiz open-world-nya yang luas dan mendalam serta gameplay yang menarik. Tak lupa juga menu utamanya iaitu jalan cerita yang akan buatkan korang gembira, ketawa, marah dan sedih.

7. Call of Duty: Black Ops Cold War – 175 GB

Call of Duty: Black Ops Cold War ialah game FPS yang berlatar belakangkan masa Perang Dingin. Ia juga merupakan sekuel kepada Call of Duty: Black Ops. Jika korang nak main game ni, bersedia dengan saiz 175 GB. Bukan tu saja, kalau korang nakkan grafik yang terbaik, saiznya mencanak naik jadi 250 GB.

8. Borderlands 3: Director’s Cut – 135 GB

Borderlands 3 ialah game FPS dengan elemen RPG di dalamnya. Dengan Director’s Cut, ia menawarkan lebih banyak side missions dan fungsi behind the scenes. Dimuatkan sekali dengan DLC menjadi ia bersaiz 135 GB. Walaupun grafiknya lebih berstyle cel-shaded dari realisitik, namun tekstur masih nampak berkualiti tinggi.

9. Call of Duty: Modern Warfare – 235 GB

Black Ops Cold War bukanlah satu-satunya game Call of Duty yang akan makan banyak ruang storan dalam PC korang. Modern Warfare 2019 berjaya memotong Cold War dengan saiz 235 GB. Ini kerana game Modern Warfare dimuatkan sekali bersama Warzone, itu yang menjadikan saiz failnya besar.

Pada asalnya, game ni hanya sebesar 100 GB, tapi lepas beberapa kali updates. Saiznya terus melonjak naik.

10. Ark: Survival Evolved – 400 GB

Ark: Survival Evolved ialah game di mana korang perlu survive dengan mencari dan mencipta items serta bina penempatan untuk kekal hidup. Apa yang menariknya, korang akan hadapi ancaman dari pelbagai jenis dinosaur dan juga pemain lain yang boleh jadi kawan atau musuh korang.

Tapi game ni memang banyak pek expansions dan maps sehingga ia membesar menjadi 400 GB. Kalau korang buang beberapa pek pun, Ark Survival Evolved masih akan makan ruang sebanyak 200 hingga 300 GB dalam PC.

Jadi dalam banyak-banyak game ni, game manakah yang korang masih lagi main? Atau korang dah tak main sebab saiznya terlalu besar sangat. Kongsi di ruangan komen. Jangan lupa like dan share. Adios!

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Leave a Reply

Exit mobile version