Kalau korang main game, mesti korang mahukan cabaran betul tak? Dan tahap difficulty menjadi jawapan kepada cabaran yang korang inginkan. 

Selalunya video game akan menawarkan tahap difficulty Easy, Normal dan Hard. Namun, 10 game di bawah ini menampilkan tahap difficulty yang unik, khas untuk pemain yang inginkan tekanan darah mereka meningkat dengan mendadak.

10. Sniper Elite 3 – Difficulty: Authentic

Game yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua ini menawarkan tiga difficulty utama (Cadet, Marksman dan Sniper Elite) dengan setiap satu darinya meningkat risiko dengan mengubah perkara standard seperti nyawa pihak musuh, damage output, dan kesedaran musuh. Tapi difficulty Authentic membawa game ini ke tahap yang lebih merbahaya.

Pertama sekali, HUD dibuang terus dari skrin pemain. Pihak musuh menjadi aimbots dengan tahap kesedaran yang sangat tinggi. Mereka boleh tahu di mana kedudukan pemain. Keupayaan untuk save semasa bermain juga dibuang, bermakna korang kena selesai misi dengan sekali sahaja percubaan tanpa mati. Friendly fire juga dihidupkan dalam mode co-op.

9. Gears of War 4 – Difficulty: Inconceivable/Ironman

Sesiapa yang pernah main game ini pada tahap Insane pasti tahu bertapa kejamnya dan tipisnya peluang pemain untuk menembak pihak musuh. Dalam kemaskini Rise of the Horde, The Coalition telah memperkenalkan tahap difficulty yang akan meletupkan kepala pemain iaitu Inconceivable dan Ironman.

Inconceivable meningkatkan kekuatan serangan dari pihak musuh lebih tinggi dari Insane. Ia juga meningkatkan keupayaan untuk pemain menahan serangan. Selain dari peningkatan serangan, ia juga secara drastik menurunkan jumlah peluru yang diterima dari senjata dan ammo boxes.

Bagi Ironman pula, tahap difficulty ini boleh digelar sebagai “Permadeath”. Kenapa? Kerana jika pemain mati di wave 10, pemain akan kembali bermula di wave 1. Pendek kata, jangan mati.

8. Metro 2033 – Difficulty: Ranger Mode

Ranger Mode dalam game hadir dalam dua tahap, Easy dan Hardcore. Kedua-duanya meningkatkan serangan menjadi one-hit kill. Menjadikan pemain dan pihak musuh senang untuk terdedah kepada serangan.

Ranger Mode Easy memberikan pemain lebih banyak nyawa dari pihak musuh, mampu untuk menahan tiga hingga empat tembakan tanpa mati. Manakala Ranger Mode Hardcore pula memerlukan pemain untuk mengelak pertempuran menembak dan perlu melakukan gerakan stealth untuk memenangi game ini. HUD dibuang sepenuhnya, terdapat jumlah maksimum bagi setiap jenis peluru yang boleh dibawa dan pemain hanya boleh membawa dua senjata sahaja.

7. Dead Space 3 – Difficulty: Pure Survival/Classic

Game survival horror in menawarkan dua difficulty iaitu Pure Survival dan Classic. Dalam Pure Survival, musuh tidak akan menjatuhkan peluru atau med packs, hanya akan memberikan tungsten, somatic gel dan scrap metal sahaja, bermakna pemain perlu menghasilkan kesemua items sendiri di meja kerja.

Classic mode pula menghadkan pemain dengan membenarkan mereka menggunakan senjata yang didapati dalam game Dead Space yang lalu, membuang keupayaan untuk mengubah senjata dan menutup fungsi co-op. Kesemua New Game+ modes bertukar menjadi hard sebagai penambahan kepada elemen cabaran. Menyelesaikan setiap mode juga akan diberikan ganjaran seperti senjata unik dan upgrade yang berkuasa.

6. XCOM: Enemy Unknown – Difficulty: Impossible

Dalam mode Impossible, mode ini mengubah kesemua perkara yang terdapat game ini yang akan diberikan kepada pemain.

Pemain akan bermula dengan panic global pada 16 (dibandingkan dengan 8 pada Classic dan 0 pada Easy dan Normal). Meningkatkan kos untuk membeli askar dan Officer Training School yang wajib dibina oleh pemain. Meningkatkan keupayaan A.I., membenarkan mereka membaling grenad dan kebolehan dengan lebih banyak. Unit alien yang spesifik akan menerima bonus untuk membidik, melee, pergerakan dan serangan. Pemain tidak akan menerima satelit permulaan atau tutorial. Liputan satelit memberikan sedikit saintis dan engineer.

5. Resident Evil – Difficulty: Invisible Enemy/One Dangerous Zombie 

Kedua-dua mode ini hadir pada tahun 2002 dari versi remake game asal dan juga dalam versi HD remaster. Dan hanya boleh didapati apabila pemain menghabiskan game ini dalam mode Real Survival atau Normal atau Hard dengan Chris dan Jill.

Invisible Enemy mode tidak akan membenarkan pemain melihat zombi atau bos. Pemain hanya boleh melihat zombi melalui cermin atau berjalan melalui air atau lopak air dan akan boleh dilihat apabila pihak musuh menyerang pemain. Auto-aim dimatikan.

One Dangerous Zombie meletakkan Zombified Forest Speyer (ahli pasukan dalam pasukan STARS) dalam lokasi spesifik di sekitar kawasan Spencer. Dia memakai ves balistik penuh dengan grenad yang akan terus meletup dan game akan berakhir jika dia menerima sebarang serangan, jadi dia mesti dielakkan sepanjang masa. Walau bagaimanapun, Forest akan hilang apabila pemain mendapat Helmet Key.

4. Left 4 Dead 2 – Difficulty: Mutations

Ditambah ke dalam kempen DLC The Passing. Secara spesifiknya, Mutations ialah versi yang diubah suai dari kempen yang mana diubah setiap minggu, tapi sekarang boleh didapati untuk dipilih secara bebas. Versi yang pertama hadir dari pembangun, tapi selepas itu Mutations dihasilkan dari peminat.

Terdapat 20 Mutations. Bleed Out, nyawa pemain akan sentiasa menurun. Last Gnome on Earth, pemain perlu membawa Gnome Chompski dari awal sehingga akhir. Hard Eight, kemunculan Special Infected akan meningkat dari 4 ke 8 dengan timer respawn dikurangkan. Taaaannkkk! Setiap special infected ialah Tank. Gib Fest, kesemua pemain memakai M60 dan Magnum dengan unlimited ammo.

3. Metal Gear Solid 3: Snake Eater – Difficulty: European Extreme

MGS 3 mempunyai banyak tahap difficulty yang memberikan kesan terhadap elemen dalam game. Dari jumlah pengawal sehinggalah ke durasi masa pengawal pengsan. European Extreme pula, menarik active sonar dan motion detector dari pemain, membuang vital tool untuk mengetahui bila dan bagaimana untuk pemain melakukan gerakan.

Cabaran yang hebat dalam European Extreme adalah jika pemain dilihat dan meletakkan musuh dalam status berjaga-jaga, game akan berakhir. Tidak menerima sebarang serangan, tidak terbunuh atau tidak dilihat. Ini tidak disertakan dalam bos, tapi Snake boleh menahan sedikit serangan dan menghadkan kesalahan dalam pertempuran. Itu tidak termasuk dengan sekatan seperti pendarahan, nyawa bateri dan stamina.

2. Max Payne 3 – Difficulty: New York Minute/NYM Hardcore/Challenge Mode

New York Minute, sebuah mode yang hadir dalam ketiga-tiga game Max Payne ini hadir dalam pelbagai bentuk. New York Minute memberikan pemain satu minit dari untuk setiap level untuk diselesaikan. Durasi masa akan dipanjangkan melalui pembunuhan dan masa tambahan akan diberikan untuk headshots dan melee kills. Jika pemain mati atau masa tamat, pemain perlu mulakan permainan dari awal.

NYM Hardcore pula akan menjadikan pihak musuh lebih merbahaya, meningkatkan tahap serangan dan sangat tepat dengan setiap tembakan. Manakala, untuk Deathmatch Made dalam Heaven DLC juga memperkenalkan Challenge Mode. Membahagikan level kepada beberapa segmen yang memerlukan pemain untuk menyelesaikan kriteria yang spesifik untuk setiap seksyen seperti mendapat beberapa jumlah headshots atau tidak menggunakan pil.

1. Fallout 4 – Difficulty: Survival

Survival mode ialah satu peningkatan dari Hardcore mode dari Fallout: New Vegas. Versi terbaru Survival sebenarnya dikemaskini selepas game ini dilancarkan, mengubah Survival kepada Very Hard dan menambah bentuk baru sadisme. Modifikasi itu termasuklah:

  • Saving hanya boleh dicapai melalui tidur di atas katil, beg tidur atau di atas tilam
  • Ammo mempunyai berat
  • Menjadi over-encumbered akan menjatuhkan poin Agility dan Endurance menjadi 2, menyebabkan kecederaan pada kaki dan menyebabkan keletihan
  • Fast travel tidak diaktifkan
  • Musuh mempunyai lebih banyak nyawa, melakukan lebih banyak serangan dan pemain akan selalu berjumpa dengan musuh yang mempunyai level yang tinggi
  • Experience yang diterima meningkat
  • Pemain perlu menguruskan keletihan, dahaga, kelaparan untuk mengekalkan Action Points dan statistik SPECIAL
  • Kesakitan pemain boleh diubati dengan ubat-ubatan yang betul atau melalui doktor
  • Items health akan berfungsi dengan lebih perlahan dan boleh menyebabkan kesan seperti kelaparan atau dehidrasi

So, macam mana? Korang pernah main game-game dengan difficulty di atas? Ada game dengan difficulty gila yang kitorang terlupa? Kongsikan dengan kitorang, kitorang pun nak try.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.