in , ,

10 Game Baru Paling Menarik Yang Diumumkan Di The Game Awards 2018

The Game Awards 2018 telah berlangsung pagi tadi. Majlis anugerah ini bukan sahaja memberikan penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan pembikinan video game, tetapi turut mengumumkan beberapa game baru yang bakal tiba untuk para pemain.

Saban tahun, TGA semakin mendapat perhatian ramai, dan game yang diumumkan di pentasnya juga semakin rancak. Tahun ini, kita telah didedahkan dengan beberapa game AAA, jadi jom tengok:

Mortal Kombat 11

Akan dilancarkan pada 23 April 2019. Lebih banyak info akan dikongsikan pada 17 Januari 2019, dan turut akan dikeluarkan ke Nintendo Switch.

Crash Team Racing

Kembalikan nostalgia bermain game keluaran Naughty Dog yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1999 ini. Versi remake akan dilancarkan untuk PS4, Xbox One dan Switch pada 21 Jun 2019.

Marvel Ultimate Alliance 3: Black Order

Game ini akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch, bakal tiba pada tahun 2019. Ia akan membawakan single-player dan multiplayer sehingga empat orang pemain.

Far Cry New Dawn

Setelah mengacah dengan video semalam, Far Cry New Dawn telah diumumkan. Menepati ramalan, game ini akan berlaku selepas kejadian dalam Far Cry 5 — bakal tiba 15 Februari 2019.

Hades

Hades boleh didapati di Epic Games Store sekarang.

The Outer Worlds

Game terbaru ciptaan Obsidian, The Outer Worlds merupakan game first-person shooter dengan adanya elemen RPG. Bakal tiba pada tahun 2019.

The Last Campfire

Datang dari pembangun No Man’s Sky, Hello Games mengumumkan The Last Campfire.

Atlas

Sebuah game MMO survival dengan kehadiran lanun-lanun dan naga, mempunyai map yang saiznya lebih 12,000 ganda daripada saiz dalam server ARK. Bakal tiba ke Xbox One pada tahun hadapan.

Dragon Age 4

Bioware mengacah peminatnya dengan mengatakan Dragon Age 4 sedang dibangunkan.

Stranger Things

Sebuah game Stranger Things baru bergenrekan co-op adventure yang menggunakan grafik 16-bit sedang dalam pembikinan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Game Awards 2018: God of War Rangkul Anugerah Game of the Year, Red Dead Redemption 2 Bolot Anugerah Paling Banyak

Counter Strike: Global Offensive Kini Menjadi “Free-To-Play”, Lancarkan Battle Royale “Danger Zone”