in ,

10 Fakta Dan Info Menarik Mengenai Twitch Bagi Tahun 2016

Pelbagai info menarik telah dikongsi mengenai Twitch, laman stream kegemaran ramai gamer.

Fakta dan info ini telah dikongsi oleh Twitch baru-baru melalui laman interaktif yang direka khas mengikut rekaan ala-ala side scrolling game. Disamping itu, jika pengguna login masuk kedalam laman interaktif ini mereka akan turut memberi info yang lebih teliti.

Berikut adalah antara info yang telah dikongsi oleh Twitch.

  • 292 billion minit telah digunakan untuk menonton stream
  • 2.2 million streamer unik telah menggunakan Twitch
  • 14.2 billion mesej telah dihantar dalam fungsi chat
  • 590 million Bits telah dihantar, ia merupakan matawang bagi Twitch untuk menderma kepada streamer.
  • 153 million Whisper telah dihantar
  • 1+ million langganan telah dihasilkan melalui Twitch Prime
  • 413 million kali emotikon Kappa telah digunakan menjadikan ia sebagai emotikon yang paling kerap diguna
  • 10% daripada live stream kini menggunakan fungsi AutoMod
  • Finland adalah negara yang paling banyak menggunakan fungsi Friends
  • Overwatch adalah video game yang paling ditonton bagi tahun 2016

Disamping itu, Twitch juga telah berjaya menjayakan pelbagai majlis-majlis amal pada tahun 2016 yang berjaya mengumpul sebanyak USD25 million. Dengan acara-acara seperti Extra Life marathon dan Games Done Quick, Twitch berjaya menaikkan jumlah terkumpul yang mengagumkan berbanding jumlah yang terkumpul pada 2015.

Berikut adalah infografik bagi acara amal yang berjaya dilangsungkan oleh Twitch.

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PewDiePie Mohon Maaf, Berkata Beliau Menjadi Sasaran Media

PewDiePie Mohon Maaf, Berkata Beliau Menjadi Sasaran Media

Saksikan Screenshot Final Fantasy VII Remake Dan Kingdom Hearts III!

Saksikan Screenshot Final Fantasy VII Remake Dan Kingdom Hearts III!