fails

Tahun 2015 adalah tahun yang menarik buat para para gamers, termasuk penulis. Namun begitu, videogames juga tidak lari dari kesilapan dan cacat-celanya yang tersendiri. Ini adalah 10 benda yang hampeh yang berlaku dalam dunia gaming 2015.

evolve3

  1. Evolved

Evolved mempunyai idea yang menarik yang tidak terdapat pada tipikal multiplayer games dengan memperkenalkan 4vs1 asynchronous battle arena, dimana 4 player mengawal skuad askar seperti tanker, medic, dll. menjadi pasukan pemburu, manakala seorang pemain akan bermain sebagai raksasa.

Walaupun permainan dan konsep ini menarik, kenikmatan bermain game ini hanyalah seketika sahaja dengan tiadanya pembaharuan  sepanjang hayat game ini. Tambahan pulak dengan banyak benda yang dikunci dengan DLC, Evolved terus menjadi ‘bandar hantu’ dalam sekelip mata sahaja.

starwars

  1. Star Wars Battlefront

Penulis berasa penuh dengan ‘hype’ apabila ada pengumuman siri Star Wars Battlefront ini kerana penulis begitu minat dengan siri ini sejak dari era PS2 / Xbox / Gamecube. Tetapi apabila penulis bermain game yang dibina oleh DICE (pembuat Battlefield 3/4) dan dipasarkan oleh syarikat yang bernama Electronic Arts (EA) ini, penulis sudah berasa sesuatu yang tidak kena pada francais kegemaran penulis ini.

Para-para gamers sudah tahu tentang reputasi model perniagaan EA ni macam mana dan malangnya, permainan ini juga tidak lari dengan permainan bisnes korporat ini! Konsumer membeli game ini pada harga penuh, tetapi mendapat hanya suku content daripada apa yang ditawarkan. Benda selebihnya akan dijual sebagai DLC dan Season Passes.

Untuk mendapat kepuasan maksimum para gamers haruslah membeli DLC atau Season Passes, dan secara tidak langsung membuatkan permainan video ini adalah yang termahal di pasaran, 2x ganda dari harga permainan video yang lain. Oh EA, kenapa anda masih tidak berubah ?

r6

  1. Rainbow Six Siege

Topik ini mungkin sedikit kontroversi kerana ada penulis lain di JomGaming ini berminat dengan permainan video ini. Tetapi lain orang lain punya pandangan kan? Bagi penulis, Siri Rainbow Six adalah permainan 1st / 3rd person shooter yang menggunakan sistem skuad, dimana pemain boleh memberi arahan dan buat plan kepada skuad.

Pada masa dahulu, sistem ini adalah unik kerana tiada lagi permainan genre ini mengamalkan sistem ini. Rainbow Six Vegas adalah kegemaran penulis dalam semua siri Rainbow Six ini. Tetapi berasa kecewa dengan pengumuman siri terbaru ini kerana game ini hanyalah multiplayer 5v5 only dan tiada single player campaign macam siri sebelum ini.

Walaupun ianya lain dari tipikal multiplayer shooter games yang lain, penulis merasakan game ini adalah lebih kurang konsep dia dengan Counter Strike Global Offensive dengan skin dan gimik Rainbow Six. Penulis juga risau untuk masa hadapan industri permainan video ini kerana benda ini sudah menjadi ‘trend’ kepada semua game shooter dimana genre shooter ini akan bertukar menjadi permainan video berunsur kompetitif, dan mengabaikan single player campaign dengan jalan cerita dan naratif seperti Star Wars Battlefront yang penulis sudah bagitau tadi.

thps

  1. Tony Hawk Pro Skater 5

Siri Tony Hawk ini pernah menjadi kegilaan penulis pada zaman era PS1 dahulu. Penulis masih ingat kenangan melakukan skill yang rancak, level yang menarik, karakter yang lucu, siap ada Spiderman dengan Shrek (penulis lupa mana satu yang boleh pemain membuat character pemain sendiri). Tetapi siri ini makin lama makin pudar ditelan masa, tambahan pulak dengan kehadiran Tony Hawk Ride dan Shred pada generasi PS3 / Xbox 360 dengan membuang skema tradisi pakai controller, digantikan dengan motion sensor skateboard yang langsung tidak efektif pada para pemain.

Dengan kembalinya siri nombor 5 ini, dengan control motion sensor dibuang (Alhamdulillah), apa yang penulis dapat adalah siri yang paling hampeh pernah penulis mainkan. Pengawalan yang teramat kompleks, benda yang ditawarkan tidak memuaskan para pemain dan game yang penuh dengan bug sudah cukup membuktikan bahawa siri ini patut masuk ke dalam kubur dan dibiarkan sahaja kerana penulis beranggapan siri ini sudahpun menemui ajalnya.

order1886

  1. The Order 1886

Wuuuhuuu, Penulis rasa terpegun semasa pengumuman game ini. Trailer gempak dengan setting yang unik, lain dari yang lain. Sekali dapat game ini, INDAH KHABAR DARI RUPA. Rupa-rupanya penulis sudah kena makan dengan hype dari trailers dan iklan pasal game ini.

Game ini sebenarnya adalah sebuah movie interaktif yang hanya berlangsung selama 5 jam. Ya, 5 JAM SAHAJA termasuk babak cutscenes. Dengan struktur game ini yang teramat linear, penulis dapat merasakan ramai gamers beli game ini dan terus menjual bila sudah habis main ataupun mendapat trofi platinum. Selepas kejadian ini, penulis sudah dapat satu petua, iaitu Dont Believe the Hype.

ac

  1. Animal Crossing Amiibo festival

Siri Animal Crossing ini adalah salah satu siri terkenal and menjadi satu ‘key’ point pada syarikat Nintendo. Permainan dalam siri ini membolehkan para pemain membina satu kehidupan virtual (setiap siri dia ada berlainan konsep dan gimik) ala-ala the Sims, tetapi penuh dengan karakter dan grafik yang kiut-miut, yang dapat menarik perhatian perempuan dan non-gamers.

Tetapi tidak bagi versi di platform Wii U, dimana permainan video ini adalah board-games dengan tempelan elemen dan gimik Animal Crossing. Dan jangan lupa, pemain perlu juga kena ada patung figurin Amiibo, dimana bagi penulis, ianya adalah DLC secara tersembunyi yang dilaksanakan oleh Nintendo bagi mendapatkan duit poket ekstra. Nintendo, anda nak jadi macam EA dan Konami ke ?

batman

  1. Batman Arkham Knight (PC Ver)

Oh kejap kejap kejap. korang gila ke masuk game terbaik ini dalam list ini? Nak kena bash ke bro? Nanti dulu, dengar apa penulis nak bagitau dahulu kenapa penulis letak game ini dalam list paling hampeh dalam tahun ini.

Penulis berasa puas hati dengan finale title ini yang dibuat oleh Rocksteady Studios dengan open world gameplay, quest yang seronok, story yang gempak dan macam-macam lagi la. Tapi kesemua ini hanya dapat dialami oleh pengguna PS4 (penulis) dengan XBOX ONE sahaja. Macam mana dengan pelantar PC Master Race itu?

Pemain PC Master Race ini berasa tidak puas hati dengan game yang diorang dapat kalau hendak dibandingkan dengan versi konsol. Apa yang terdapat pada platform PC Master Race ini adalah penuh dengan bug, grafik yang kurang (baju tidak basah apabila kena hujan, WOW), framerate seakan-akan gerakan secara slideshow, kurangnya optimisation di sesetengah grafik kad dan banyak lagi masalah yang hanya berlaku di platform ini. Masalah ini berlarutan sehingga kini dan pengeluarnya, Warner Bros membuat tawaran memulangkan balik (refund) kepada gamers tanpa ada apa-apa syarat.

aaa

  1. Tidak ada lagi permainan video bertaraf AAA di pelantar PS Vita

Penulis teramat suka dengan PS Vita. PS Vita adalah konsol mudah alih yang paling canggih pernah penulis pegang. Dengan skrin menyerlah, butang fizikal yang terbaik pernah penulis rasakan dalam semua pelantar mudah alih yang ada dan design yang tersangat ergonomik. Pelantar inilah paling banyak diguna penulis untuk bermain games, tidak kira masa dan tempat!

Permainan video yang ditawarkan pada platform ini jugak boleh tahan menariknya. Tetapi sehebat mana pun konsol mudah alih ini, ianya tidak mendapat sambutan hebat di pasaran Amerika dan Eropah berbanding pasaran Jepun dan Asia. Jualan Nintendo 3DS juga senang-senang mengalahkan jualan Vita di sana.

Sebab itulah Sony telah mengumumkan bahawa tiada lagi title AAA di pelantar ini seperti siri Killzone, Gravity Rush, Tearaway dan kebanyakan mainstream title lain! Game yang ada sekarang di platform PS Vita kini mengharapkan developer pihak ketiga yang kebanyakkannya terdiri daripada developers indie Jepun – meletakkan ia dalam pasaran niche hanya bagi golongan-golongan tertentu sahaja.

sjw

  1. SJW – Social Justice Warriors

Topic ini ada sedikit kontroversi tetapi ianya memang ada impak dalam industri permainan video ini. Pengumuman Dead or Alive Xtreme 3 (DOAX3) untuk PS4 dan PS Vita adalah punca pertama benda ini berlaku.

Game ini dikecam oleh golongan ini atas alasan permainan video ini mempromosikan gangguan seksual dan menjatuhkan maruah ‘feminis’ wanita. Bagi penulis, kenapa DOAX3 diambil kira sedangkan game dari barat macam siri God of War dan siri The Witcher buat tidak nampak sedangkan benda dalam permainan video tersebut lagi teruk dari DOAX3?

Penulis menganggap golongan SJW ini adalah hipokrit dan berat sebelah. Disebabkan ini, pengeluar DOAX3, Tecmo Koei membuat kenyataan bahawa mereka tidak akan memasarkan permainan video ini ke pasaran Amerika dan Eropah, sebaliknya hanya ekslusif di pasaran Jepun dan Asia. Malang sekali disebabkan ini jugalah ianya memberi kesan kepada pengeluar yang lain. Sebagai contoh, Idea Factory bercadang untuk tidak membawa masuk permainan video dari Jepun ke pasaran antarabangsa jika permainan video tersebut perlu membuat edit/censor.

konam

  1. Drama konflik antara Konami dengan Hideo Kojima 

Ini isu yang paling femes di kalangan gamers sekalian. Malah kisah drama ini boleh mengalahkan drama-drama Hollywood dan tempatan! Siapa tidak kenal dengan Hideo Kojima, pengarah siri Metal Gear ini? Ceritanya macam ni. Hideo Kojima bercadang untuk keluar dari syarikat Konami tersebut. Sebabnya? Hideo Kojima berasa syarikat Konami ini menjadi gila mata duitan.

Bermula pengumuman bahawa tiada lagi permainan video bertaraf AAA (kecuali siri Pro Evolution Soccer) dan digantikan dengan permainan mudah-alih berunsur free-to-play dan ditambah lagi dengan pembekuan pembangunan semua francais dari syarikat tersebut menjadikan Konami panas bontot dikecam peminat mereka sendiri.

Pembatalan siri PT Silent Hills yang dirancang oleh Hideo Kojima dan Guillermo del Toro yang ditunggu-tunggu oleh peminat survival horror, perubahan siri Castlevania menjadi mesin pachinko erotik sehinggalah ke pembatalan nama Kojima di game yang dibangunkan beliau – memberi tanggapan bahawa Konami sangatlah biadap dan tidak mengenang jasa Kojima selama ini. Tindakan Konami menghalang kehadiran Kojima ke acara The Game Awards bagi game Metal Gear Solid V The Phantom Pain juga menjadi punca Konami dilihat sebagai sebuah syarikat permainan video paling sampah pernah ada dalam dunia ini, bersebelahan dengan Electronic Arts.


Ada lagi ke isu-isu penulis terlepas pandang yang berlaku pada tahun 2015 yang memberi kesan pada industri permainan video ini? Pendapat korang pulak macam mana? Tinggalkan ruangan komen anda dibawah, kami mengalu-alukan suara dari anda, para gamers.

Yang lepas jangan dikenang. Semoga tahun 2016 memberi impak yang lagi positif pada industri permainan video. Happy Gaming dan Selamat Tahun Baru 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.