in , , , , , , , ,

10 Aksi Kelakar Dari Piala Dunia FIFA 2018 Yang Patut Dimasukkan Sebagai ‘Celebration’ Dalam FIFA 19

Please, EA Sports.

Walaupun Piala Dunia FIFA 2018 telahpun berakhir beberapa hari yang lalu, timeline Twitter penulis masih lagi penuh dengan demam kejohanan ini yang belum suram. Salah satu kandungan pasca Piala Dunia yang penulis jumpa yang dibikin oleh peminat ialah video yang mengumpulkan aksi-aksi kelakar sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Menonton video ini, penulis rasakan ada beberapa aksi yang boleh diambil EA Sports dan masukkan ke dalam FIFA 19 nanti. Iyalah, EA Sports kan suka ambil aksi-aksi trending untuk ditampilkan sebagai ‘celebration’ dalam siri FIFA, antara yang popular adalah Gangnam Style.

Jadi, ini adalah 10 ‘celebration’ baru yang penulis rasa patut dimasukkan ke dalam FIFA 19 (minit video diletakkan menurut video yang disertakan di bawah):

  1. Sepakan Michy Batshuayi yang terkena muka sendiri (0:09)
  2. Lontaran ke dalam Milad Mohammadi yang tak menjadi (0:17)
  3. Sesi tarik-menarik oleh skuad Brazil semasa latihan (0:26)
  4. Flip bottle oleh dua pemain Panama (0:32)
  5. Latihan tarian oleh skuad Senegal (0:33)
  6. Tarik misai Adil Rami (0:36)
  7. ‘Celebration’ para pemain Croatia sehingga terjatuh (0:43)
  8. Pemain Panama menyergah rakan sepasukannya yang lain (0:45)
  9. Prank skuad Brazil semasa latihan (0:55)
  10. Tarian emote dari Fortnite oleh Antoine Griezmann (tiada dalam video di bawah)

https://twitter.com/FlFAWC2018/status/1018593146937270272

FIFA 19 akan dilancarkan pada 28 September ini di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: EA Sports Muat-Naik Gambar Ronaldo Memakai Jersi Juventus – Pertukaran Muka Hadapan FIFA 19 Yang Baru?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Dilaporkan Telah Meraih Keuntungan Sehingga 1 Billion Dolar Melalui Pembelian Dalam Game Sahaja

Pencipta Uncharted Dan Naughty Dog Sukakan Filem Pendek Uncharted Oleh Allan Ungar Dan Nathan Fillion