Pejam celik, kita semakin menghampiri penghujung kepada sebuah lagi generasi gaming. Sama ada korang memilikinya ataupun tidak, kita semua tidak boleh nafikan bahawa untuk generasi konsol ini, PS4 cukup mendominasi.
Bagi meraikan sebuah generasi yang cukup cemerlang, PlayStation Access telah melancarkan satu video yang mengumpulkan kesemua game yang mendefinisikan PS4. Apa yang menarik ialah ia hanya memaparkan satu saat daripada setiap game yang ditampilkan.
Sesiapa yang sudah bersama PS4 sejak awal lagi, pastinya menonton video akan membuatkan mata sedikit berkaca. Segala kenangan bermain game tersebut akan terus diingati.
Jom layan:
Masih berkaca ke mata tu? Jadi, apakah game PS4 kegemaran korang sepanjang generasi yang cukup bermakna ini? Kongsikannya di ruangan komen.
Comments
Loading…