Nampaknya teka-teki lineup bagi Fnatic ke ESL Genting terjawab sudah di dalam satu pengumuman rasmi daripada Fnatic.

Berikutan pemergian Raven, Eyyou & DeMoN daripada pasukan Fnatic DotA 2 November lepas, peminat tertanya-tanya siapakah yang akan menjadi pengganti kepada trio ini.

Fnatic di dalam pengumuman mereka memaklumkan mereka telah memilih pemain yang serasi ke arah menuju kejuaraan bermula dengan ESL One Genting nanti. Jadi, lineup roster Fnatic nanti akan terdiri daripada Mushi dan Ohaiyo serta 3 ahli baru:

Yee Fung “Mushi” Chai – Mid/Carry
Muhammad Rizky “Inyourdream” Anugrah – Mid/Carry
Chong Xin “Ohaiyo” Khoo – Offlaner
Yong-min “Febby” Kim – Roaming Support
Ng “YamateH” Wei Poong – Hard Support (Pengganti)

Febby daripada Korea menyertai Fnatic selepas prestasi yang cemerlang bersama MVP Phoenix. Setelah membina reputasi sebagai pemain No. 4 paling berbakat di Asia Tenggara, beliau akan memainkan peranan yang sama di dalam Fnatic nanti.

Inyourdream daripada Indonesia pula cukup terkenal kerana memiliki antara MMR yang tertinggi di server Asia Tengara. Beliau akan bersilih ganti peranan mid dan carry bersama Mushi.

YamateH sebagai nama legenda di arena DotA tempatan, akan menjadi pemain pengganti bagi Fnatic ke ESL One Genting nanti. Dengan pengalaman bertanding di dalam arena DotA anarabangsa, beliau pasti akan menjadi gandingan hebat kepada Mushi.

Korang boleh menyaksikan persembahan Fnatic DotA 2 di ESL One Genting 2017 nanti menerusi livestream di tonton.

Comments

comments