Yakuza 6: Trailer Bagi Demo Yang Bakal Dikeluarkan Kelak

Sega telah memberi preview kepada peminat siri Yakuza dengan mengeluarkan trailer bagi demo Yakuza 6!

Trailer ini dikeluarkan sempena ulangtahun ke-10 untuk siri Yakuza diadakan di Tokyo Akihabara UDX Theater. Demo ini akan disertakan bersama salinan game Yakuza: Kiwami.

Yakzua-6-Demo-PVMenurut pihak developer, Yakuza 6 bakal memberi pemain lebih kebebasan untuk melakukan eksplorasi. Kawasan-kawasan ini juga tidak akan lagi akan dibahagi mengikut divisi malah akan lebih menyerupai game open-world seperti siri Grand Theft Auto.

Buat masa ini, Yakuza 6 telah pun disiapkan sekitar 60 hingga ke 70 peratus dan dijangka akan boleh dipasarkan pada tahun depan. Tarikh pelancaran ini masih belum ditetapkan.

Sega turut melancarkan satu website untuk peminat mencuba bakat untuk dimasukkan dalam Yakuza 6 sebagai pelayan di kelab.

JomBaca: Yakuza: Kiwami bakal ke PS4!

Comments

comments