Xenoblade Chronicles X merupakan sebuah action RPG yang mementingkan eksplorasi. Memang tidak mengejutkan saiz peta game ini sangat besar!

Bagi yang kurang mengenali game ini, kisah Xenoblade Chronicles X bermula sekitar tahun 2054 dimana terdapat 2 kaum alien yang berperang berdekatan Bumi. Peperangan ini secara tak langsung menyebabkan Bumi turut mengalami kesan kemusnahan. Demi menyelamatkan penduduk bumi, kerajaan-kerajaan di Bumi telah mengambil keputusan untuk berpindah dari Bumi dengan menggunakan kapal angkasa.

Xenoblade-Chronicles-X-gameplay-01Dalam game kali ini, korang akan mengikut bersama sebuah kapal perpindahan ini yang diberi nama White Whale. Mereka akan cuba untuk membina penempatan baru yang dipanggil New Los Angeles.

Xenoblade-Chronicles-X-gameplay-02Game ini telah pun dipasaran Jepun sejak April lalu dan akan dipasarkan ke seluruh dunia pada 4 Disember 2015.

Xenoblade-Chronicles-X-gameplay-03

Comments

comments