Xenoblade Chronicles X adalah sebuah game yang cukup besar, cukup massive, sehinggakan diberikan genre baru oleh kebanyakan peminat, iaitu Massive JRPG.

menu1Xenoblade Chronicles X mengisahkan keadaan di mana Planet Bumi sudah pun tiada lagi di dalam alam galaksi dek kerana peperangan angkasa 2 spesies makhluk asing pada tahun 2054. Sebelum Bumi musnah, manusia sempat lagi melarikan diri di dalam kapal-kapal angkasa. Namun hanya satu kapal angkasa, The White Whale, sempat melarikan diri sebelum Bumi meletup.

Dua tahun kemudian, sedang The White Whale berlegar-legar di angkasa, Ganglion, salah satu spesies makhluk yang berperang di ruang angkasa planet Bumi, terjumpa kapal manusia ini dan cuba untuk memusnahkannya. The White Whale selamat walaupun crash-landed di sebuah planet asing yang bernama Planet Mira.

nla8
The White Whale yang terdampar di Planet Mira

Manusia-manusia yang terselamat nekad untuk meneruskan kehidupan walaupun terdampar di planet yang aneh ini. Mereka menjadikan kapal The White Whale sebagai penempatan baru mereka dan dinamakan New Los Angeles (NLA). Sebuah organisasi dicipta dan dinamakan BLADE ditugaskan untuk mempertahankan NLA dari serangan makhluk asing dan penduduk asal berupa monsters (indigens di dalam dunia Xenoblade X) yang menetap di Planet Mira.

NLA1
New Los Angeles (NLA) yang lengkap dengan daerah commercial, industrial & administrative !

Dan disinilah anda, sebagai salah seorang ahli BLADE, ditugaskan untuk meneroka Planet Mira yang sangatlah besar dan mempertahankan NLA demi masa depan manusia
sejagat!

Design Character Yang Kurang Umph!

Rata-rata gamers di luar sana sangat menyanjungi dunia Xenoblade X yang sangat cun dan sedap mata memandang. Tetapi perkara yang sama tidak dapat diperkatakan tentang kebanyakkan design character-character nya.

lin2
Character NPC Lin yang agak.. uh.. creepy bagi saya

Namun begitu, anda jangan risau. Walaupun character seperti Lin di atas anda tidak dapat mengubah rupa bentuknya, anda masih boleh memakaikan helmet yang lebih cun design nya, dan walla! Selesai masalah anda!

lin3
Lin nampak lebih cool dengan helmet awesome!

Walaupun NPC penting seperti Lin tidak dapat diubah menjadi lebih… uh… kurang mata anime nya, namun anda boleh mereka sendiri character anda semasa di awal permainan. Dan jangan risau, anda tidak wajib menggunakan mata anime besar yang creepy ini!

character creation2
Menu character creation di awal permainan

Dan ini adalah character yang saya gunakan sepanjang penjelajahan saya di Planet Mira yang saya namakannya Wafi.

wafi2
Character creation saya!

Jika anda teruskan membaca, anda akan dapati bahawa perkara ini sahaja yang tak best pasal Xenoblade mengenai design-nya. Jelas sekali pihak Monolith Soft tidak begitu memberi penekanan kepada character design mereka tapi sebaliknya fokus kepada perkara lain yang lebih umph!

Affinity Missions tidak boleh di-cancel!

Xenoblade X mempunyai sangat banyak mission. Namun jika anda memilih untuk melaksanakan Affinity Missions (mission di mana anda akan lebih rapat dengan party members anda & mempembelajari cerita party members anda), bersiap-sedialah untuk mengucapkan selamat jalan kepada progress story anda. Ini kerana anda tidak boleh memilih untuk melakukan Affinity Mission Story Mission pada waktu yang sama.

affinity2

Itu tidak apa lagi. Tetapi bila anda dapati yang anda stuck dalam satu mission tersebut, anda berasa seperti sudah bosan dengan mission itu, maka anda pun rasa seperti nak cancel je mission ni. Tapi malang bagi anda, anda tidak boleh cancel mission tersebut! Apa yang perlu anda lakukan? Anda suka ke tak suka ke, perlu meneruskan juga mission tersebut!

Jika mission itu memang sekejap dan senang sahaja tidak mengapa. Tapi ada sesetengah mission telah membuatkan saya dan beberapa gamer lain stuck untuk berjam-jam (ada yang sampai 15 jam!) pada mission itu sahaja. Sehinggakan rasa macam nak berhenti main je sebab rasa bosan dan geram sebab stuck. Namun saya gagahkan diri jugak dan berjaya menghabiskan mission tersebut. Fuh!

phog1

Tutorial yang macam ada-tak-ada

Pada awal permainan, Xenoblade X akan membantu anda sedikit dengan apa yang perlu anda dilakukan di dalam game ini. Tapi percayalah, anda kemudiannya akan keliru sangat dengan gameplay Xenoblade X jika anda tak pernah main Xenoblade series sebelum ini.

tute1
In-game e-manual

Pada mulanya saya ingatkan saya boleh control bila saya boleh menembak monsters dengan menggunakan gun. Rupanya tembakan adalah secara automatik, bergantung kepada senjata yang digunakan. Begitu juga apabila anda menggunakan pedang atau pisau atau spear. Anda tidak dapat menentukan sendiri bila anda boleh menggunakan senjata anda.

Sebaliknya game ini akan menyerang secara automatik, dan berhenti sekejap (bergantung kepada berapa saat cooldown period senjata itu) dan kemudian sambung lagi menyerang secara automatik. Semua ini saya pelajari setelah beberapa kali di dalam battle.

battle1 Disebabkan itu, Xenoblade X pada saya, mempunyai learning curve yang sangat tinggi kepada mereka yang tidak pernah bermain Xenoblade sebelum ini. Sungguhpun Xenoblade X menyediakan e-manual di dalam Wii U itu sendiri, saya dapati saya lebih banyak merujuk kepada diskusi-diskusi di internet.

battle5

Xenoblade X mempunyai sangat banyak elemen di dalamnya. Jika mereka yang baru hendak mencuba JRPG, mereka mungkin akan keliru dan mungkin akan berputus asa dengan learning curve yang terlalu banyak ini, di mana pada saya, adalah sangat rugi kerana Xenoblade X adalah sebuah JRPG yang sangat hebat!

Planet Mira yang Super Cun dan Sangat Besar!

Sungguhpun character design Xenoblade X adalah pelik dan creepy, environment di Planet Mira adalah lebih cantik, lebih cun, lebih awesome! Apabila berada di Planet Mira, anda rasa seperti hendak mengambil kamera dan posing mengambil selfie (Nintendo UK menyebutnya sebagai Xelfie)

Ramai orang sangat terkejut dan terpesona dengan keindahan Planet Mira kerana teknologi Wii U yang jauh kebelakang berbanding PS4 dan XboxOne.

Planet Mira terbahagi kepada 5 benua; Primordia, Noctilum, Oblivia, Sylvalum dan Cauldros.

view3
Primordia di waktu senja

Setiap satu benua mempunyai keunikannya masing-masing. Sebagai contoh, Primordia adalah satu benua seperti padang yang sangat luas dan lapang, mempunyai pasir-pasir putih dan pantai-pantai yang indah dan tidak lupa, indigens yang berupa seperti dinasor.

noctilum1
Noctilum di waktu malam

Noctilum pula seperti hutan simpanan planet Mira, dengan daun dan pokok glow-in-dark. Seperti di dalam hutan, anda akan mudah sesat di Noctilum jika anda tidak biasa atau tidak merujuk kepada in-gampeta anda selalu.

sylvalum1
Sylvalum di waktu fajar

Ketika anda mula menjejakkan kaki ke Sylvalum, anda akan akhirnya berfikir, “Ya! Saya berada di planet yang asing!” Namun, keindahan Sylvalum tetap akan mempersonakan anda selalu. Indigens di sini adalah lebih kuat & lebih besar dari Primordia. Perasaan berada di Sylvalum adalah seperti berada di dalam balang kaca yang bersalji (sungguhpun tiada salji).

oblivia3
Oblivia di waktu siang

Oblivia adalah seperti padang pasir Planet Mira. Sungguhpun padang pasir, Oblivia masih dipenuhi dengan indigens yang menakutkan dan kuat. Tak lupa juga dengan indigens yang serupa unicorn berkeliaran di pintu masuk Oblivia. Oblivia mempunyai banyak arca-arca aneh dan unik berselerak di serata benuannya.

oblivia2
Arca aneh seperti di gambar ini sangat banyak dan berselerak di sekitar Oblivia. Apakah benda aneh ini? Hrmmm… misteri…

Pada masa saya menulis artikel ini, saya masih belum sempat menjelajah Cauldros lagi (saya sudah bermain selama 68 jam dan saya masih belum menjejaki Cauldros!). Tapi yang pastinya, Cauldros mesti mempunyai lokasi geografi yang unik dan indigens yang lain dari yang lain juga. Sungguh tak sabar untuk saya meneroka keseluruhan planet Mira!

monster3
Primordia di waktu siang

Anda tidak perlu risau jika anda sesat di Planet Mira yang super luas ini kerana dengan menggunakan gamepad Wii U anda, ada boleh merujuk kepada peta sambil berlari-lari.

map5
Peta yang lengkap dengan lokasi Data Probe, lokasi boss indigens dan mission apa yang dah siap.

Kalau anda rasa penat gila nak jalan jauh-jauh, jangan risau! Dengan map ini juga, anda boleh pilih lokasi yang telah anda pergi dan boleh klik sahaja option untuk fast travel!

map2
Fast travel sangat memudahkan hidup!
map4
5 benua di Planet Mira dan daerah-daerah di NLA

Jika anda tidak menggunakan gamepad sebaliknya menggunakan Pro Controller Wii U, saya rasa baik anda tukar kembali ke gamepad anda kerana ini sahaja cara untuk anda melihat map dan fast travel.

Xenoblade X juga memperkenalkan satu jenis elemen yang dinamakan Follow Ball. Follow Ball apabila digunakan akan membantu anda menunjukkan jalan ke arah mission yang anda tetapkan. Sangat berguna sekali untuk mengelakkan anda sesat.

followball1
Main kejar-kejar dengan Follow Ball

OST (Original Soundtrack) yang best gila! 

Sebaik sahaja saya bermula bermain Xenoblade X, saya sangat sangat sukakan OST nya! OST Xenoblade X dihasilkan oleh Hiroyuki Sawano, yang sangat terkenal dengan karya-karyanya yang awesome seperti Attack of Titan, Kill La Kill, Blue Exorcist dan Sengoku Basara.

Apabila anda menjelajah di kelima-lima benua Planet Mira, setiap lagu latarnya akan bertukar mengikut benua.  Bukan itu sahaja, apabila waktu bertukar dari siang ke malam, lagu latarnya turut akan bertukar! Selalunya lagu di waktu malam adalah lebih tenang tetapi masih epic.

Genre muzik yang digunakan adalah ke arah moden, hip hop, guitar, electronic… semestinya bukan genre yang selalu digunakan oleh genre JRPG yang tradisional. Lagu-lagunya adalah up beat dan membuatkan anda hype dan membina adrenaline anda untuk menghadapi Planet Mira.

Setiap lokasi, setiap kali battle dengan indigensboss battle, berlawan menggunakan Skell, setiap kali terkantoi dengan indigens, OST yang berlainan akan dimainkan. Apabila anda dapat menggunakan the ultimate move yang dinamakan Overdrive, lagu yang berlainan juga dimainakan!

SKELL SKELL SKELL SKELL SKELL!

Tidak dinafikan lagi, benda paling awesome dan paling cool di dalam Xenoblade X adalah Skell! Skell adalah mecha di dalam Xenoblade X. Ya! Mecha! Anda sebagai ahli BLADE boleh mengendali sebuah Skell yang cool gila!

skell4

Secara rasminya, Monolith Soft mengatakan bahawa anda boleh mendapat Skell pertama anda setelah 30 jam bermain (saya memerlukan 55 jam kerana ralit melayan missions hehe). Wow 30 jam! Syok!

Tapi percayalah, semuanya sangat berbaloi! Apabila anda berjaya mendapat lesen Skell anda (anda perlu melakukan 8 jenis peperiksaan sebelum mendapat lesen ini, ok!), ianya seperti membuka cara permainan yang baru dan pelbagai peluang yang baru!

skell1
Setiap satu Skell untuk party members saya!

Anda boleh membeli rangka skell (Skell Frames) mengikut kesesuaian anda dan party member anda dan lengkapkan Skell anda dengan Skell Gear, seperti kepala, lengan, dan tidak lupa, senjatanya. Rangka Skell terbahagi kepada 3 jenis; Light Type, Medium Type dan Heavy Type. Setiap rangka dan kelengkapan mempunyai stats tersendiri, terpulang kepada corak permainan anda. Saya suka menggunakan Light Type kerana reka bentuknya yang lebih cool!

skell8
Skell pertama anda selepas anda berjaya mendapatkan lesen Skell anda!

Dengan menggunakan Skell, HP anda dan total damage anda dan party member anda meningkat berkali ganda, bergantung kepada Skell anda. Ini sangat, sangat berguna untuk anda apabila anda mahu berperang dengan indigens yang sangat besar saiznya yang sebelum ini anda mungkin pernah cuba berlawan dengan mereka tapi sekelip mata je dah kena penyet!

skell10Skell juga membenarkan anda menggunakan teknik Bind apabila musuh anda telah terhuyung hayang (Stagger), iaitu dengan menekan butang ZL dan ZR sekaligus menyekat pergerakkan musuh anda. Dan teknik ini juga membenarkan anda memberikan damage yang berterusan! Wheu!

skell6Skell anda juga boleh ditransformasi menjadi sebuah kenderaan untuk anda menjelajah Planet Mira yang sangat besar ini! Percayalah, setelah berpuluh-puluh jam anda berjalan dan berlari, dapat menaiki sebuah kenderaan jelmaan dari Skell ini terasa seperti lega sangat. Nak mengutip item dan barang-barang lain pun rasa kacang je.

skell7
Vroom vroom!

Skell bukanlah sesuatu yang murah. Ianya sangat mahal, dan apabila anda menggunakan Arts (skill yang unik di dalam Xenoblade X), anda akan menggunakan minyak Skell anda (Skell fuel). Skell Fuel boleh diisi semula dengan 2 cara. Sama ada anda keluar dari Skell anda dan biarkan dia isi semula sendiri pada kadar yang sangat lambat, atau anda menggunakan Miranium (sejenis elemen yang anda perlu gali menggunakan Data Probe – teknologi dalam Xenoblade X). Mana-mana pun boleh!

skell hangar Jika anda di dalam battle dan musuh anda berjaya memusnahkan bahagian-bahagian Skell anda, ucapkanlah selamat tinggal kepada bahagian anda itu, dan bersiap sedialah untuk menghabiskan duit menggantikan bahagian anda. Jika keseluruhan Skell anda musnah, jangan risau! Anda masih ada insurans Skell! Insurans Skell adalah seperti nyawa di dalam Super Mario. Jika Skell anda musnah keseluruhannya, anda hanya perlu kembali ke BLADE barracks dan Skell anda akan kembali semula. Namun, jika insurans anda habis digunakan… RIP Skell. Masa untuk membeli Skell yang baru!

skell11

Skell adalah sesuatu perkara paling awesome di dalam Xenoblade X. Jika anda meneruskan Story Mission, Skell anda nanti boleh terbang!

Battle System Yang Sangat Mantap dan Laju! 

Walaupun anda tidak dapat mengawal sendiri bila dan berapa banyak ammo anda boleh gunakan untuk menyerang musuh anda, jangan khuatir! Ini kerana Xenoblade X bukanlah game yang mengetengahkan gameplay sebegitu.

Battle system dalam Xenoblade X adalah seperti real-time-action-turn-based-sikit-RPG. Semasa di dalam battle, anda boleh menggunakan teknik khas yang dinamakan sebagai Arts. Arts bergantung kepada senjata yang anda gunakan untuk karakter anda. Dalam dunia Xenoblade X, seorang BLADE boleh mempunyai 2 jenis senjata; sejenis pistol/gun/rifle dan sejenis pedang/knife/lightsaber… ok ok.. bukan lightsaber, tapi macam lightsaber. Selain Arts untuk menyerang, terdapat jugak Arts untuk buff, debuff, healing dan aura.

battle3
Penggunaan Arts memberikan impak dan total damage yang lebih tinggi dari auto attack yang biasa. Anda boleh menggunakan sehingga 8 jenis Arts, yang perlu anda susunkan di dalam menu Arts anda sebelum anda mulakan perlawanan. Setiap Arts boleh di upgrade dan semakin anda level up semakin banyak Arts yang boleh anda gunakan! Cool sehh!

battle6

Setiap Arts mempunyai aksi yang tersendiri. Contohnya Arts yang bernama Shadow Strike. Jika anda menggunakan Arts ini, karakter anda akan berpusing-pusing dan terbang di udara sambil menyembelih musuh. Saya rasa awesome apabila menggunakan Arts ini!

battle16

Apabila anda berjaya melakukan sesuatu perkara (berdasarkan customization anda), game akan menyuruh anda menekan butang B. Jika anda berjaya menekan butang B dengan tepat pada masanya, beberapa perkara menarik akan berlaku; 1. HP party anda akan ditambah (penting apabila masing-masing dah nak dekat mati), dan 2. Anda akan memberi arahan kepada party member anda dan jika mereka berjaya melaksanakannya, damage yang diberikan kepada musuh adalah lebih tinggi!

battle12

Setelah menggunakan Arts, anda perlu menunggu beberapa saat untuk menggunakannya kembali. Jika anda berjaya level up Arts yang tertentu, mungkin anda boleh gunakannya selama 2 kali berturut-turut. Ada Arts yang apabila di level up damage nya adalah lebih tinggi.

battle10

Xenoblade X juga mempunyai elemen yang dipanggil sebagai Soul Voice. Soul Voice adalah seperti arahan yang dikeluarkan oleh anda atau party members anda bergantung kepada keadaan semasa battle, supaya anda menggunakan Arts tertentu. Apabila Soul Voice digunakan dan anda berjaya menggunakan Arts yg diarahkan, damage yang dikenakan kepada musuh adalah lebih tinggi daripada menggunakan Arts tanpa arahan Soul Voice. Jika anda pernah bermain Sword Art Online, lebih kurang macam tu la mekanik game nya.

overdrive1
Overdrive, teknik paling ulung dalam Xenoblade X

Dengan OST yang mantap ketika battletiming yang cepat perlu dilakukan ketika memilih Arts dan menekan butang B, anda mungkin akan berpeluh ketika battle!

Skills, Arts, Classes, Overdrive, Soul Voices… Macam-Macam Elemen!

Saya sangat sukakan pelbagai elemen yang perlu dikuasai ketika bermain sesuatu game. Dan ternyata Xenoblade X tidak menghampakan.

Sebelum anda pergi berperang dengan musuh dan indigens, anda perlu memahami dan menguasai kesemua elemen-elemen ini dahulu. Ya, mungkin anda boleh sahaja terus berlawan tanpa menguasai elemen-elemen ini tetapi ini lah yang membezakan anda dengan BLADE yang superb atau sengal.

soul voice
Soul Voices

Di dalam Xenoblade X, anda sebagai seorang BLADE boleh memilih untuk menjadi salah satu Class berikut; Commando, Enforcer atau Striker. Setiap Class ada ciri-ciri dan skill tersendiri. Contohnya, jika anda memilih untuk menjadi Striker dan kemudian Bastion Warrior, stats HP dan Defense anda lebih tinggi dari Class yang lain. Anda boleh memilih untuk selama-lamanya berada di Class tersebut atau cuba untuk unlock kesemua Class, macam yang saya cuba lakukan.

class2
Classes yang pelbagai

Anda pastinya akan banyak menghabiskan masa dengan mencuba pelbagai jenis elemen yang di dalam Xenoblade X, dan anda akan mendapati bahaya terdapat pelbagai cara anda boleh main game ini!

skills1
Skills

Missions yang sangat banyak!

Missions yang banyak bermaksud anda tidak akan pernah berasa bosan bermain Xenoblade X! Tema utama Xenoblade X adalah penjelajahan. Kalau nak menjelajah je tanpa ada tujuan agak bosan jugak kan? Jadi, pihak Monolith Soft telah menyediakan pelbagai jenis missions untuk anda.

Terdapat 5 jenis missions; Story Mission, Affinity Mission, Basic Mission, Normal Mission dan Squad Mission.

Story Mission adalah mission  yang berkait rapat dengan cerita utama. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut apa yang terjadi pada manusia alam sejagat di Planet Mira, anda boleh meneruskan dengan Story Mission.

mission3

Affinity Mission adalah mission yang lebih kepada cerita-cerita sampingan mengenai party members anda. Untuk mission ini, anda perlu mempunyai beberapa affinity level dengan party member anda yang tertentu. Affinity level boleh dinaikkan dengan menggunakan Arts apabila disuruh dengan jayanya (pentingnya Soul Voice), atau pemilihan dialog ketika bercakap dengan party member atau dengan orang lain.

mission4
Kadang-kadang seorang BLADE perlu menyelamatkan seekor kucing

Normal Mission adalah mission yang anda diterima daripada penduduk di dalam New Los Angeles (NLA). NLA adalah penempatan manusia di dalam kapal yang terkandas di Planet Mira. Jika anda terasa penat membunuh monsters, anda boleh relax dengan memenuhi permintaan dari penduduk NLA, seperti, membetulkan mesin kopi dan kereta.

mission1
Normal Missions

Basic Mission adalah mission yang boleh diterima di Mission Control Board. Kebanyakkan mission adalah berkisar dengan membunuh indigens tertentu atau mengutip barang (item).

mission2

Squad Mission adalah nadi multiplayer untuk Xenoblade X. Ya, Xenoblade X ada multiplayer. Jika anda telah logged in internet, game ini akan automatik memberikan anda Squad Mission. Anda boleh memilih untuk bermain secara solo dengan AI party member, mutiplayer dengan rakan squad yang anda tidak kenali secara online dan melakukan mission special hanya pada multiplayer, atau bermain dengan rakan anda secara online. Tidak kira mana satu pun pilihan anda, jika anda dapat membantu melaksanakan Squad Mission, anda bakal mendapat reward yang cukup best!

squadmission1
Reward tickets yang anda dapat hasil Squad Mission boleh ditebus untuk barang-barang yang anda malas cari sendiri di Planet Mira yang luas

Fuh! Macam-macam kan missions yang ada? Yang pastinya anda pasti tidak akan rasa bosan dengan pelbagai missions yang perlu anda lakukan di Planet Mira!

Affinity Missions yang lain dari yang lain!

Sungguhpun di awal artikel saya menyatakan ketidakpuashatian saya terhadap Affinity Missions yang tidak boleh di cancel, namun Affinity Missions itu sendiri adalah sangat unik.

Terdapat 19 party members anda boleh rekrut untuk party anda. Ya. 19 party members. Anda tak salah baca. Bukan 9 tapi sembilan belas.. 19! Sesetengah party members adalah automatik direkrut melalui Story Missions tapi kebanyakkannya adalah melalui Affinity Missions.

affinity5
Character affinity perlu digilap jika anda mahu lebih mendalami cerita party member anda

Affinity Missions adalah sesuatu yang tidak wajib. Tapi jika anda lakukan mission ini anda boleh mendapat pelbagai karakter sebagai party member anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengenali party member anda dengan lebih rapat, dan mendapat Arts yang unik di akhir mission!

affinity6

Ini adalah satu pendekatan yang berbeza dengan game-game lain. Selalunya di dalam game JRPG yang lain, anda akan dapat rekrut party member anda dengan meneruskan jalan cerita. Tetapi bagi Xenoblade X, pendekatan yang digunakan adalah sama untuk party member yang penting tapi yang lain-lainnya adalah optional. Party member yang penting juga mempunyai Affinity Missions yang tersendiri yang anda boleh mempelajari sejarah kehidupan mereka.

affinity7

Saya adalah seorang yang suka mengenali setiap karakter di dalam game saya dengan lebih rapat, jadi sudah semestinya saya mahu melengkapkan kesemua Affinity Missions yang ada!

Pelakon Suara Latar Yang Hebat-Hebat Belaka!

Xenoblade X menggunakan suara pelakon latar berbahasa Inggeris. Tiada pilihan untuk bahasa Jepun. Namun ini bukanlah sesuatu yang menyedihkan kerana para barisan pelakon suara latar adalah daripada yang terhebat dalam dunia JRPG.

Yuri Lowenthal (Yosuke Hanamura, Persona 4; Haseo, //hack.Gu, Cecil Harvey, Dissidia Final Fantasy), Matthew Mercer (Kanji Tatsumi, Persona 4 Dancing All Night; Alvin, Tales of Xillia), Bryce Papenbrook (Asbel Lhant, Tales of Graces f; Machina, FF Type 0 HD), Tara Platt (Zero, Drakengard 3; Very, Hyperdimension Neptunia) adalah antara nama-nama yang besar dalam dunia pelakon suara latar JRPG.

Indigens Dari Pelbagai Size, Bentuk dan Jenis!

Perkara yang anda akan perasan sedari awal bermain Xenoblade X adalah monsters atau indigens nya. Ada yang kecil dan ada yang sangat besar!

Setiap indigens mempunyai level tersendiri. Walaubagaimanapun, jika indigens itu mempunyai level rendah dari anda tapi lebih besar saiznya dari anda, tanpa Skell, anda mungkin akan mengalami masalah berlawan dengan indigens tersebut.

monster5
Level 92.. Saya pernah terkantoi dengan indigens ini dan dengan sekelip mata saya dilenyek.

Indigens jugak mempunyai ciri-ciri tersenderi. Ada indegens yang jenis tak kesah pun anda berlari-lari di depan mereka ataupun berposing di hadapan mereka. Ada indegens yang sekali nampak je, terus akan menyerang anda. Indigens ini mempunyai simbol mata di atas mereka (bukan Illuminati).

gear4

Ada indigens yang menyerang anda kalau anda membuat bising, jadi anda mungkin boleh melepasi indegens tersebut dengan berjalan perlahan-lahan. Indigens ini mempunyai simbol seperti kilat di atas mereka. Dan ada indigens mempunyai kedua-dua simbol ini. Yang ini kalau anda belum power lagi, sila jauhi mereka secepat mungkin jika anda sayangkan Skell anda.

monster6

Design setiap indigens jugak adalah sangat terperinci. Ketika battle, anda boleh menyerang setiap bahagian indigens untuk mendapatkan beberapa item yang boleh digunakan untuk membuat senjata atau apa-apa barang lagi. Mungkin juga boleh digunakan untuk missions. Namun perkara ini tidak lah begitu dititikberatkan sangat sebagaimana game Monster Hunter. Kebanyakkan masa saya hanya tembak je indigens tersebut tanpa mempedulikan bahagian-bahagian yang diserang.

Tapi kadang-kadang saya suka berpusing-pusing di Planet Mira dan terpesona dengan design indigens yang sangat cun macam kuda ini.

monster7
Kuda ke unicorn?

Ground Gear dan Senjata Yang Cool!

Ground Gear adalah segala jenis peralatan dan perisai (armor) yang digayakan oleh anda dan party member anda. Apa yang boleh saya katakan tentang armor dan senjata yang ada adalah cool gila! Ground Gear boleh dibeli di armory (kedai di dalam NLA) atau dengan barang-barang yang boleh didapati setelah berjaya menjatuhkan musuh-musuh anda.

conceptart1 gear3Jika diteliti setiap rekaan ground gear yang ada, jelas sekali pihak Monolith Soft sangat terperinci dalam menghasilkan rekaan ground gear, Skell dan dunia Planet Mira sehinggakan saya rasakan character creation adalah sesuatu yang difikirkan kemudian (afterthoughts).

conceptart2

Seperkara lagi yang menarik mengenai Ground Gear adalah penggunaan Fashion Gear. Anda boleh mengenakan, contohnya bikini kepada karakter anda atau party member anda tanpa memperjudikan stats yang hebat dalam primary gear atau battle gear anda. Fashion Gear adalah untuk perhiasan mata anda semata-mata. Bagi saya benda ini adalah satu benda yang best sebab walaupun battle gear saya nampak badass sangat tapi lama-lama bosan la jugak tengok dia. Jadi saya pun bagi pakai bikini lengkap dengan telinga kucing.

gear10

Keputusan: BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Jika anda tidak sukakan game yang sangat panjang, tidak suka mempelajari pelbagai elemen yang ada di dalam sesuatu game yang tutorial dia macam ada-tak-ada, tidak sukakan character yang bermata anime, Xenoblade Chronicles X bukanlah game untuk anda. Xenoblade Chronicles X adalah contoh game JRPG yang memerlukan komitmen dari anda untuk mengabadikan masa anda.

BOLEH BELI! – Jika anda memang peminat JRPG, mecha, sukakan battle system yang laju, real time, mempunyai banyak elemen yang perlu dipelajari untuk berjaya, grafik persekitaran yang cun, armor dan senjata yang cool gila, Xenoblade Chronicles X adalah game yang sangat sesuai untuk anda.

Suka saya nyatakan, jika anda memang meminati JRPG atau ingin cuba bermain genre JRPG, Xenoblade Chronicles X adalah game yang wajib anda main! Xenoblade Chronicles X adalah sebuah game yang sangat penuh dengan content, sangat alah membeli menang memakai, dan semetinya GOTY saya!

mainmenu2

 Design character yang kurang umph!
 Affinity Missions yang tak boleh di cancel dan progress anda di dalam game ini mungkin akan tersekat selama berjam-jam.
 Tutorial yang macam ada-tak-ada yang boleh menyebabkan gamers geram sebab tak faham.
 Hanya pada platform WiiU.

+ Planet Mira yang super cun.
+ OST yang best gila.
+ SKELL SKELL SKELL SKELL SKELL sapa yang tak sukakan mecha?
+ Battle system yang mantap dan laju.
+ Macam-macam elemen yang perlu anda kuasai untuk menjadi BLADE yang awesome!
+ Missions yang tersangatlah banyaknya.
+ Affinity Missions yang lain dari yang lain yang membolehkan anda untuk rekrut 19 party members.
+ Pelakon suara latar yang hebat-hebat belaka walaupun dalam bahasa Inggeris.
+ Indigens dari pelbagai saiz, bentuk dan jenis untuk anda lawan.
+ Ground gear dan senjata yang sangat cool.

Comments

comments