XCOM 2: Trailer Terbaru Memaparkan Pertarungan Menentang Penjajahan Makhluk Asing!

Sudah bersedia menentang penjajahan makhluk asing dalam XCOM 2? Ia akan berada dipasaran pada bulan Februari tahun hadapan!

xcom-2-rebel-teamBagi yang tidak mengenali siri XCOM, ia merupakan sebuah turn-base strategi yang mempunyai pandangan camera top-down. Siri yang pertama iaitu XCOM: Enemy Unknown membawa pemain dalam usaha menentang kedatangan makhluk asing ke Bumi dan menghalang mereka melakukan kemusnahan.

XCOM: Enemy Unknown telah mendapat pujian dari pengkritik dan telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah Best Game of the Year buat tahun 2012.

xcom-2-berserkerNampaknya rekaan watak dan class dalam XCOM 2 lebih menuju ke arah futuristik. Dalam XCOM 2, bumi telah dijajah oleh makhluk asing dan pemain akan mengawal pasukan ketenteraan menentang penjajahan ini melalui gerakan guerrilla!

XCOM 2 akan berada di pasaran mulai 5 Februari 2016 di PC, OS X dan Linux.

Comments

comments