Mulai hari ini, pre-order boleh dibuat melalui Steam untuk XCOM 2 dan bagi mereka yang memilih Digital Deluxe Edition akan menerima Reinforcement Pack!

XCOM2-gameplayXCOM 2 boleh di pre-order melalui Steam dengan harga RM 190 untuk Digital Edition dan RM 214.99 untuk Digital Deluxe Edition.

Digital Deluxe Edition ini didatangkan bersama Reinforcement Pack dan juga digital soundtrack untuk XCOM 2.

Reinforcement Pack ini juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM 38. Ia didatangkan dengan pelbagai tambahan seperti misi, makhluk asing, senjata dan pengubahsuaian tambahan untuk ahli tentera XCOM 2.

JomBaca: Video Pertarungan Dengan Makhluk Asing!

XCOM2-gameplay-customisationBerikut adalah info lebih lanjut untuk Reinforcement Pack:

  • Anarchy’s Children: pengubahsuaikan kosmetik ala guerrilla untuk ahli tentera XCOM 2ns (akan dipasarkan pada musim bunga 2016).
  • Alien Hunters: akan memperkenal sebuah gameplay baru yang melibatkan makhluk asing yang baru. Melalui DLC ini juga, pemain akan menerima misi baru, pengubahsuaian kosmetik baru, dan item-item baru seperti senjata (akan dipasarkan pada musim panas 2016).
  • Shen’s Last Gift: akan memberikan sebuah class tentera yang baru. Sama seperti DLC Alien Hunter, ia juga akan didatangkan bersama misi baru, pengubahsuaian kosmetik baru, dan item-item baru seperti senjata (akan dipasarkan pada musim panas 2016).

Tapi bagi mereka yang tidak membeli Deluxe Edition jangan rasa kecewa kerana anda akan menerima Resistance Warrior Pack yang didatangkan dengan pelbagai pengubahsuaian untuk tentera anda nanti! Ia juga akan didatangkan bersama seorang rekrut yang dikenali sebagai “Survivor of the Old War”. Siapakah itu? Pasti pemain akan tertunggu-tunggu siapakah gerangannya.

XCOM2_Berserker_Roars

Comments

comments