Peperangan konsol untuk generasi ini telah memberikan banyak kelebihan kepada PlayStation 4, yang telah terjual melebihi 60 juta unit. Sementara Xbox One pula tidak memberikan sebarang data penuh tentang jualan sistemnya untuk jangka masa yang agak lama.

Penganalisis dari firma IDC, Lewis Ward mendedahkan pendapatnya terhadap jualan konsol untuk generasi kini dan kemungkinan bahawa Xbox One perlu bersaing terhadap kekuatan dominasi PS4.

Ward mengatakan sementara Xbox One menawarkan barisan game untuk tahun depan adalah menarik dan Xbox One X mendapat respon yang baik di pasaran, konsol Microsoft tidak akan mampu untuk mencapai tahap PS4.

“Ya, dan mereka tidak ada banyak pilihan. Saya menghormati barisan game eksklusif, sekurang-kurangnya itu yang kita dapat lihat pada tahun 2018. Saya pasti game terbaru Halo akan hadir ke Xbox One pada tahun 2018. Untuk perang konsol generasi kelapan ini, ia sudah pun kalah kepada Sony, Microsoft tidak akan dapat bersaing dengan Sony untuk generasi ini.”

Seterusnya, Ward percaya bahawa dalam menghadapi senario yang tidak baik yang mereka hadapi dari segi konsol, Microsoft akan fokus kepada pembangunan Windows 10 sebagai platform dan persekitaran gaming.

“Matlamatnya sekarang adalah untuk menjadikan ekosistem gaming Windows 10 lebih besar dan menguntungkan. Permainan terbesar Microsoft adalah untuk menyatukan beberapa cara yang penting dalam perniagaan PC dan konsol mereka pada platform Windows 10 di bahagian terminal dan pada bahagian server dengan Azure. Mereka melihat PC sebagai peluang untuk berkembang dari sudut gaming, itu sangat berlainan dengan Sony yang mana sedikit sebanyak telah keluar dari pasaran PC.”

Ward berkata untuk generasi konsol pada masa kini, kita hanya perlu melihat pada prestasi jualan perkakasan yang dipertingkatkan yang ditawarkan oleh Sony dan Microsoft. Buat masa sekarang, Xbox One X mungkin boleh bersaing dengan PS4 Pro, itu mungkin boleh memberikan sedikit semangat kepada Xbox, tapi tidak secara keseluruhannya.

Sumber: GameTransfers

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.