Microsoft hari ini mengumumkan teknologi baru dan koleksi game baru untuk Xbox Game Pass, perkhidmatan langganan video game mereka.

Bermula hari ini, perkhidmatan tersebut akan meng-update¬†cloud mereka dan memasukkan koleksi game terkenal yang lama seperti Tom Clancy’s The Division, The Elder Scrolls Online: Tamriel Unlimited dan Fallout 4 serta Halo: The Master Chief Collection.

Ashley Speicher, Ketua Kejuruteraan di Xbox Game Pass

Ashley Speicher, Ketua Kejuruteraan di Xbox Game Pass juga mengumumkan teknologi “FastStart” di mana membenarkan pemain untuk mula bermain game dua kali ganda lebih pantas. FastStart akan boleh didapati “untuk tajuk-tajuk tertentu sahaja” dalam kemaskini yang akan hadir pada bulan ini.

Beliau juga berkata perkhidmatan yang berharga $9.99 selama sebulan akan memasukkan kesemua game terbaru yang dihasilkan oleh Microsoft Studios seperti Forza Horizon 4 dan Crackdown 3. Perjanjian juga telah ditandatangani untuk menampilkan game seperti Ashen dan Warhammer: Vermintide 2.

Sumber: polygon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.