Korang akan bermain sebagai anak kembar hero Wolfenstein lepas!

Tak banyak maklumat dapat dikorek daripada video teaser trailer Wolfenstein 2 Youngblood ini. Yang pasti korang akan memainkan watak anak-anak perempuan kembar BJ Blazkowicz – hero daripada Wolfenstein II: The New Colossus.

Korang akan meneruskan kegiatan kekeluargaan korang dalam memburu Nazi di Paris era 1980an sambil mencari abah korang yang menghilang. Game ini nanti akan boleh dimainkan secara co-op mahupun singleplayer.

Selain itu, kita tunggu aje maklumat lanjut berkenaan Wolfenstein 2 Youngblood ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.