Holaaa gamers sekalian, review kita kali ini akan membawa ke sebuah game yang tidak asing lagi iaitu The Witcher 3 : Wild Hunt. Sebuah game 3rd person RPG berkonsepkn open world yang di adaptasikn dari sebuah novel Poland ber tajuk ‘The Witcher’ tulisan Andrzej Sapkowski.

Bagi peminat game The Witcher, ini merupakan sekual yang ke 3 dari developer CD Projekt RED yang menjanjikan sesuatu kelainan dengan penambahbaikan dari siri-siri sebelumnya, konsep fighting yang lebih baik, graphic yang mempesonakan, dan juga dikhabarkan game kali ini 20% lebih besar daripada game SKYRIM. Wow menarik!!!!!

witcher_02Seperti biasa kita akan mengawal watak utama dalam game ini iaitu Geralt of Rivia seorang witcher yang cekap bermain pedang, beserta magic-magic yang ohsem, selain itu beliau juga seorang playboy!! Untuk pengetahuan korang witcher adalah golongan terpilih yang menjalani latihan yang sungguh kejam dari segi mental dan fizikal, dan menjalani ritual pelik bertempat di sekolah ‘witcher’ (Kaer Morhan). Sekiranya mereka berjaya melepasi semua latihan ini, barulah mereka layak di gelar seorang witcher.

Seperti game-game RPG yang lain, korang hendak lah ‘explore’ kawasan, berjumpa musuh, menyelesaikan mission, mencari loot-loot, upgrade armor dan juga weapon korang serta menaikkn level utk menguasai game ini.

Journey korang bermula bila Geralt bersama rakan baiknye Vesemir mencari kekasih Geralt iaitu Yennefer, kemudian bermulanya pengembaraan korang untuk menyelesaikan MAIN Quest.

Map

Untuk permulaan, korang akan bermula di sebuah tempat iaitu White Orchard. Menurut pakar-pakar game, disinilah sebenarnye tempat korang untuk menyesuaikan diri dengan game mekanikal, bagaimana hendak melawan monster-monster, mencari loot, mengawal Geralt, dan sebagainya.

White Orchard boleh lah dikatakan merupakan tempat untuk korang menyiapkan diri sebelum melangkah lebih jauh ke dalam game ini. Oleh itu amatlah disarankan korang meng’explore’ sebaik mungkin White Orchard ini sebelum korang ke map yang lain.

Ape yang menyeronokkn di dalam Withcer 3 ini, map yang sungguh luas sehingga korang memerlukan rakan baik Geralt, iaitu Roach, seekor kuda hitam yang bole korang tunggang.

Memandangkan Witcher 3 ini merupakan sebuah game open world yang sangat luas, sekiranya korang rajin explore sesebuah map itu, korang akan berjumpa dengan travel fast di setiap kampung-kampung, ladang-ladang ataupun lombong peninggalan. Fast travel ini memudahkan korang untuk merantau ke sesebuah tempat yang korang rasa jauh.

Weapon, Armor & Magic

TW3b

Sebagai seorang witcher , pedang dan magic merupakan rakan baik korang sepanjang mission game ini berlangsung. Oleh itu korang hendaklah pandai memilih pedang yang hendak di gunakan dan juga magic-magic, kerana kombinasi yang betul akan menghasilkan impak yang maksima semasa berhadapan dengan musuh-musuh korang nanti.

Selain menggunakan pedang, korang juga diberikan kelebihan untuk menggunakan magic. Yeah!! ade berbagai jenis magic yang bole digunakan yang ade di antara nya memberikan kelebihan ketika berhadapan dengan monster ataupun manusia. Dan magic yang korang akan gunakan dipanggil SIGN.

Yang lebih menarik lagi pedang dan juga magic korang bole upgrade bagi menghasilkan damage yang maksima bagi menghadapi musuh-musuh nanti.

Quest

TW3c

Witcher 3 mempunyai 2 jenis quest iaitu Main Quest dan juga Side Quest. Sekiranya korang yang jenis hanya mengikuti story mode, korang bolehlah hanya bermain Main Quest tanpa perlu menghiraukan Side Quest ini.

Tetapi sekiranya korang jenis yang suka leveling, mahu mencari loot-loot yang ohsem, mencari dan membunuh monster-monster, korang bolehlah menumpukan hanya pada Side Quest.

Dan sekiranya korang rasa korang dah cukup kuat dan hebat, barulah korang proceed ke Main Quest. Di anggarkan purata masa untuk menghabiskan Main Quest ini ialah 100 jam dan Side Quest 50 jam.

‘HARUSLAH DIINGATKAN BAHAWA ADA SEBAHAGIAN SIDE QUEST YANG AKAN TRIGGER MAIN MISSION KORANG’

SO MACAMANA? BOLEH BELI OR BOLEH BLAH?

+ Gameplay yang menarik, jalan cerita yang tersusun, grafik yang cun, muzik yang ohsem membuatkan korang akan terus melekat dengan game ini.

– Terdapat glitch-glitch yang kadang-kadang menyusahkan dan juga menyebabkan korang bengang. Namun begitu pihak CD Projectk Red sentiasa membuat patch baru bagi membaiki kerosakan tersebut.

Keputusan: BOLEH BELI!!

Comments

comments