witcher3_en_wallpaper_wallpaper_10_1600x1200_1433327726

Seperti game-game RPG yang lain, armor dan juga senjata adalah rakan baik korang di sepanjang journey sebagai The Witcher ini.

Oleh itu korang perlulah dapatkan set armor dan senjata yang mantop ini bagi menghadapi musuh-musuh di dalam Witcher 3 ini. Set-set ini amatlah berguna kerana mempunyai kelebihan dari segi stats, attributes tambahan seperti extra exp untuk setiap monster yang dibunuh dan sebagainya. Korang juga boleh melaram sakan dengan set-set armor ini supaya tampak lebih sado macho!

Untuk mendapatkan set-set ini, korang perlulah melengkapkan mission Treasure Hunt. Dan set-set ini di kelaskan mengikut sekolah masing-masing.

Tapi haruslah di ingatkan tiada ketetapan yang diberikan untuk jenis armor mana yang perlu di gunakan untuk menghadapi monster-monster ini. Semua ini terletak pada anda, dan cara gameplay yang bagaimana anda mahukan, barulah anda tetapkan armor mana yang anda ingin gunakan.

Jenis-jenis Armor:

Terdapat 3 jenis type armor di dalam game witcher ini, korang boleh gunakan mana sahaja armor type ini untuk journey korang.

  • Light Armor Type

Armor jenis ini tidaklah mempunyai defense ataupun stamina yang tinggi. Tetapi ia memberikan kelebihan pada stat ‘sign intensity’ yang membolehkan korang mengunakan magic korang dengan kerap dan berkesan. Armor jenis ini amatlah sesuai digunakan pada mereka yang gemar bermain magic, ataupun lebih best Magic Master.

  • Medium Armor Type

Armor jenis ini pula, mempunyai stat stamina yang tinggi, tetapi mempunyai stat yang rendah pada defense dan juga sign intensity. Namun amatlah sesuai bagi mereka yang gemarkan cara main yang menggunakan banyak aksi dodge, ditambah lagi dengan penggunaan sign. Penggunaan armor ini juga membolehkan korang berlari/sprint lebih lama dari jenis armor yang lain.

  • Heavy Armor Type

Armor jenis ini mempunyai kelebihan stat pada defend, namun kurang dari segi stamina dan juga sign intensity. Armor ini sesuai digunakan untuk melawan monster-monster high level yang mempunyai damage yang tinggi. Juga sesuai untuk mereka yang mementingkan defense dari stat-stat yang lain.

Berikut ialah armor set yang terdapat di dalam game witcher 3:

School Of Bear (Ursine Set) 

witcher_02
Nota: Ursine armor merupakan Heavy Type Armor

School Of Griffin (Griffin Set)

witcher_04
Nota: Griffin armor merupakan Light Type Armor

School Of Cat (Feline Set)

witcher_03
Nota: Feline armor merupakan Medium Type Armor

School Of Wolves (Wolven Set)

witcher_01
Nota: Wolven armor merupakan Medium Type Armor

Semoga korang berjaya dalam misi korang mencari set-set tersebut.

ADIOS!!

Comments

comments