Pak lawak, Will Ferrell akan memainkan watak sebagai seorang gamer eSport dalam filem komedi akan datang!

Menurut laporan yang dikeluarkan di Variety, Ferrell akan melakonkan watak seorang anggota pasukan eSport profesional. Dikatakan bahawa Evil Geniuses dan Fnatic sedang dalam perbincangan untuk muncul di dalam filem tersebut!

Filem ini akan dibikin seperti filem Ferrel sebelum ini yang menampilkan NASCAR iaitu  “Talladega Nights.”

Amacam? Tak sabar nak bergelak-tawa bersama Ferrell, ataupun risau bagaimana industri eSports akan dipaparkan di dalam filem komedi ini? Sama-sama kita nantikan!

Comments

comments