Patah bertumbuh, hilang berganti.

assassin-creed-wallpaper

Bercakap kepada MCV, pengarah jualan Ubisoft UK, Darren Bowen mengatakan bahawa kekosongan siri Assassin’s Creed pada akhir tahun ini pasti akan diubati dan dipenuhi dengan sekuel kepada game hacking, Watch Dogs 2.

“Assassin’s Creed telah menjadi game yang sangat laku untuk Ubisoft dan sangat penting bagi pasaran pada setiap tahun, tetapi tidak ada kesilapan dilakukan, Watch Dogs 2 akan mengisi ruang itu pada tahun ini,” kata Bowen.

watch-dogs-2

“Kami sangat bertuah kerana memiliki pelbagai game yang hebat dan tidak perlu bergantung kepada satu francais sahaja. Selepas Watch Dogs 2, kami juga mempunyai Steep yang akan dilancarkan pada awal Disember bersama-sama game-game sebelum ini yang mantap seperti Tom Clancy’s The Division dan Far Cry Primal, di mana kedua-dua ini merupakan antara pelancaran terbesar pada tahun ini,” tambah beliau.

“Jangan kita lupa juga tentang The Crew dan Rainbow Six: Siege, di mana ia memegang komuniti dengan 10 juta pemain seluruh dunia. Jika ia masih tidak cukup, kami juga memliki Ezio Collection, jadi bagi pelanggan yang ingin menikmati pengalaman Assassin’s Creed pada setiap tahun – dan kami tahu mereka adalah dalam bilangan yang ramai – mereka akan diberi peluang untuk membeli triple pack ini yang mengandungi waktu paling digemari peminat Assassin’s Creed,” kata Bowen lagi.

assassins-creed

Ubisoft telah merehatkan siri popular Assassin’s Creed untuk tahun ini (sekurang-kurangnya), memecahkan tradisi yang mereka lakukan sejak tahun 2009, bagi menilai semula francais ini.

Sebelum ini, terdapat juga khabar angin bertiup mengatakan bahawa siri seterusnya bagi Assassin’s Creed akan menggunakan latar belakang Mesir.

Comments

comments