jomgaming_10

Hola!! Gamers sekalian. Kalau korang dah main game Witcher 3 ini, korang konfem setuju dengan penulis bahawa Geralt adalah seorang ‘playboy’. So kali ini, jom kita berkenalan dengan watak-watak wanita hot yang banyak menyerikan game Witcher 3 ini.

1. Yennefer Of Vengerberg

jomgaming_03

Fuh!! Hot kan, Yennefer merupakan watak utama dan antara ahli sihir yang hebat. Di dalam Witcher 3, Yennefer merupakan kekasih En. Geralt. Tapi korang kene berhati-hati dengan Cik Yen ni, kerana disebalik muka yang cun melecun ini, dia seorang ahli sihir yang amat keras kepala dan panas baran. Merupakan salah seorang daripada kumpulan Lodge of Sorceresses.

2. Trish Merigold

jomgaming_04

Damn!! Awek cun ni merupakan faveret penulis kerana kecomelan, hot dan seksi derr. Dia juga merupakan awek kepada En. Geralt kita dalam siri Witcher 2. Merupakan ahli sihir yang tidak kurang hebatnya, tetapi memiliki perwatakan yang lebih lembut dan juga soft spoken. Juga merupakan ahli Lodge of Sorceresses.

3. Keira Metz

jomgaming_05

Merupakan ahli termuda di dalam Lodge of Sorceresses. Amat mementingkan diri sendiri dan hampir-hampir membuat dirinya dibunuh oleh Geralt, walaupun sebelum itu Cik Keira Metz dah pun tido bersama Geralt. Hehehe…

4. Cirilla Of Cintra

jomgaming_06

Comel dan cute kan, tapi jaga-jaga, jangan kacau atau buatkan Cik Ciri kita ini marah. Awek ni bukan sahaja cantik, tetapi memiliki skill pedang yang amat luar biasa kerana Ciri merupakan anak angkat kepada Geralt dan dilatih untuk menjadi seorang Witcher.

5. Philippa Eilhart

jomgaming_07

Buta bukan sebarangan buta, kerana Cik Phillippa Eilhart merupakan antara pengasas dan juga ketua bagi Lodge of Sorceresses. Terlibat dalam membantu Geralt menentang Wild Hunt.

6. Ves

jomgaming_08

Walaupun nampak macam tomboi tapi Cik Ves memang nampak tomboi yang hot dan cute. Merupakan orang kepercayaan Vernon Roche, kawan kepada Geralt yang turut sama membantu Geralt menghadapi Wild Hunt.

+++

Ok guys, itu antara awek-awek hot, cun, seksi dan comel yang menjadi pilihan penulis. Sekiranya korang ada lagi yang lebih hot dari senarai di atas boleh lah kongsikan kepada kami di ruangan komen di bawah.

ADIOS!!!

 

Comments

comments