Masa untuk curahkan bakti kepada industri tempatan pula.

Bulan lalu, kita semua telah mengetahui bahawa Wan Hazmer Wan Abd Halim yang menempah nama di studio terkemuka Jepun, Square Enix, bakal kembali ke tanah air dan menubuh syarikat pembangun game-nya sendiri.

Terbaru, beliau telah menaikkan satu post  di laman Facebook peribadinya, mengumumkan pula keputusannya itu di Facebook, mengucapkan selamat tinggal kepada Square Enix serta berkongsi serba sedikit tentang pengalamannya sepanjang berada di negara matahari terbit itu.

“Pada 30 November 2017, saya dengan rasminya telah meninggalkan Square Enix,” kata anak jati Kuala Lumpur itu yang telah terlibat secara dekat membangunkan game-game seperti Final Fantasy Type-0, Lightning Returns, Final Fantasy XV dan Monster of the Deep: Final Fantasy XV. “Saya telah memberitahu kepada pengarah saya Tabby (Hajime Tabata) bertahun dulu bahawa saya akan habiskan Final Fantasy XV dan ambil pengalaman itu untuk kembali berbakti kepada industri game Malaysia, dan saya akan tepati janji itu.”

“Setiap satu judul di atas datang dengan pengalaman yang mengagumkan dan persahatan yang hebat, terutamanya Final Fantasy XV. Terima kasih untuk 7 tahun yang menakjubkan ini, Square Enix dan Business Division 2. Ia sesuatu kebanggaan dan nikmat untuk berkerja dengan kamu.”

Wan Hazmer turut memberikan ucapan penghargaan kepada para peminat siri Final Fantasy. Kata beliau, “kamu telah memotivasikan pasukan saya dan saya dalam apa yang kami lakukan, dan saya berterima kasih kepada kalian untuk itu. Terdapat banyak lagi kandungan akan datang, jadi saya harap kamu terus untuk menyokong BD2 dan FFXV dalam tahun-tahun mendatang.”

Beliau turut mengingatkan dirinya tentang pesan yang diberikan oleh Hajime Tabata bahawa ini bukanlah satu perpisahan. Dengan cabaran yang bakal menunggu dalam industri game ini, Wan Hazmer yakin yang beliau akan terus berhubung dengan Tabata.

“Masa untuk bergerak ke langkah seterusnya. Saya akan umumkan usaha saya dalam masa terdekat. Tunggu!”, kata Wan Hazmer diakhir post tersebut.

Korang boleh baca apa yang kita tahu setakat ini tentang game dan studio pembangun game yang sedang beliau usahakan di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.