Gears Of War 5, Borderlands 3, Rage 2, Splinter Cell, Assassin’s Creed – pehh, dah tak surprise la E3 nanti!

E3 dah nak dekat. Seperti biasa, mulalah musim leak dan “maklumat dalaman” industri gaming yang terlepas keluar.

Walmart Kanada selaku platform jualan online telah menaikkan senarai game-game akan datang – dan Wario64 telah berjaya mendapatkan screenshot game-game yang kononnya akan diumumkan di E3 bulan hadapan.

Ada beberapa game AAA seperti Gears Of War 5, Borderlands 3, Rage 2, Splinter Cell dan Assassin’s Creed baru termasuk Just Cause 4 serta Lego Super Villains. Berikut adalah game-game yang ada di dalam senarai jualan Walmart Kanada:

Assassin’s Creed (XBO/PS4)
Khabar angin terkini menuding kepada episod terbaru Assassin’s Creed tahun hadapan. Kononnya ia adalah spin-off dari Assassin’s Creed: Origins dan akan berlangsung di Greek Purba.

Splinter Cell (XBO/PS4)
Khabar angin tentang kepulangan Sam Fisher sudah lama bertiup, termasuklah leak di Amazon. Namun, masih belum dapat dipastikan bila Ubisoft akan kembali dengan francais stealth mereka ini. Mungkin ini masanya untuk mendominasi pasaran yang lama ditakluk francais Metal Gear Solid dari Konami.

Just Cause 4 (XBO/PS4)
Just Cause 3 merupakan cult favourite dan mendapat sambutan di kalangan gamers yang suka bikin aksi dan stunt pelik. Bagaimanapun, tiada pula khabar tentang Just Cause 4 dari Square Enix – mungkin mereka nak simpan rahsia ini hingga ke E3.

Destiny Comet (XBO/PS4)
Comet adalah nama kod lama untuk DLC Destiny 2, dan mungkin merujuk kepada expansion besar yang dirancang dalam masa terdekat. Bagaimanapun, Activision belum lagi mengumumkan apa-apa maklumat mengenai Comet ini.

Borderlands 3 (XBO/PS4)
Borderlands 3 sudah lama meniti bibir peminat yang inginkan sambungan kepada francais shoot & loot ini. Bahkan CEO Gearbox Randy Pitchford telah mempamerkan teknologi bagi game Borderlands yang akan datang! Khabar angin flamethrower Elon Musk yang akan dimasukkan ke dalam game Borderlands 3 juga sedikit menyemarakkan lagi perhatian peminat terhadap francais ini.

Lego DC Villains (XBO/PS4)
Game ini pernah leak Mac lepas dan kelihatannya seperti Warner akan menerbitkan game Lego ini bagi Krismas 2018.

RAGE 2 (XBO/PS4)
Episod kedua kepada game shooter popular ini mungkin akan membawa  kita ke dunia dystopis ala Mad Max, Fallout dan Borderlands. Ni semestinya mengejutkan kitorang, sebab kitorang sendiri rasa seperti Bethesda dan id Software mungkin akan membawa populariti DOOM ke DOOM 2 di E3 pula.

Dragon Quest 2 (XBO/PS4)
Dragon Quest II pernah diterbitkan pada tahun 1987, jadi mungkin ini merujuk kepada Dragon Quest Builders 2 or Dragon Quest XI?

Forza Horizon 5 (XBO)
Ni pelik. Sebab Siri ini hanya sampai ke Forza Horizon 3! Bagaimanapun, sekuel terbaru kepada francais ini juga menjadi jangkaan ramai buat musim cuti Krismas nanti.

The Division 2 (XBO/PS4)
Division – francais yang kononnya akan membunuh francais Destiny ini belum lagi diumumkan. Melihatkan kepada situasi Destiny 2 yang malap, mungkin Ubisoft akan mengambil peluang ini dan mengumumkan Division 2 yang lebih mantap di E3 nanti.

Gears Of War 5 (XBO)
Ni juga merupakan satu kejutan sebab Microsoft tidak pernah menyebut tentang Gears of War – Gears of War 4 baru sahaja diterbitkan 2 tahun lepas. Ramai menjangkakan pengumuman Halo 6 dan mungkin juga reboot Fable akan menjadi topik utama Microosoft di E3 nanti. Namun, kedua game ini tidak pula disenaraikan oleh Walmart Kanada.

Berikut pula adalah game-game yang sudah diumumkan dan diketahui sebelum ini:

  • Dreams (PS4)
  • Beyond Good And Evil 2 (XBO/PS4)
  • Final Fantasy VII Remake (XBO/PS4)
  • WWE 2K19 (XBO/PS4)
  • Insurgency: Sandstorm (XBO/PS4)
  • The Last Of Us Part II (PS4)
  • Metroid Prime 4 (NS)
  • NBA 2K19 (XBO/PS4/NS)
  • Super Smash Bros. (NS)

Electronic Entertainment Expo (E3) merupakan pesta video game terbesar di dunia. Ianya diadakan setiap tahun dan dihadiri ramai penerbit dan developer video game dari serata dunia. Mereka biasanya akan mengumumkan hardware dan game-game baru mereka di sana.

Adakah game-game yang tertiris dari laman Walmart Kanada ini akan menjadi kenyataan? #BetulKeBohong?

Comments

comments