Victory Royale lebih penting daripada nyawa?

Beberapa siri taufan telah melanda kejiranan Greensboro, North Carolina, Amerika Syarikat. Ia mungkin satu kejadian yang biasa berlaku di sana, namun apa yang menjadi perhatian pada kali ini ialah apa yang dilakukan oleh seorang gamer bernama Anton Williams.

Lelaki ini telah tetap meneruskan game dalam Fortnite Battle Royale walaupun kelihatan taufan sedang melanda di sekitar kawasan perumahannya.

Bercakap kepada WXII 12, Williams berkata, “saya sedang duduk di rumah dan bermain Fortnite, dan secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi bising,”

“Saya pandang ke luar tingkap dan saya mula nampak bumbung rumah-rumah berterbangan di depan saya.”

“Saya duduk semula kerana tinggal beberapa orang sahaja lagi dalam game saya, dan saya cuba untuk menghabiskan game itu, tetapi kemudian ia menjadi semakin teruk dan saya mula nampak talian elektrik tumbang, jadi saya mengarahkan adik perempuan dan anak buah saya untuk pergi ke bilik air.”

Semasa mereka berdua sedang berlindung di dalam bilik air itu, Williams masih terus fokus dalam Fortnite.

“Secara jujur, saya hanya fikir tentang game itu, namun tetap berharap semua orang OK di sekeliling saya”

Setelah taufan itu hilang dan cuaca kembali reda, Williams keluar untuk melihat keadaan jiran-jirannya – yang semuanya tidak apa-apa.

Pesanan kami kepada korang semua, apabila berlaku situasi seperti ini, janganlah terus bermain game. Nyawa korang semestinya lebih berharga daripada emote yang korang dah rancang apabila mendapat Victory Royale itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.